"Sejuk malam ini sungguh menenangkan.Diradio IKIM sedang terdengar zikir-zikir memuji Allah yang amat menenangkan fikiran.Menitis air mata mendengar betapa asyik dan merdunya suara sipenzikir tersebut. Sungguh besar kuasa Allah sehingga dengan suara dapat mendamaikan hati-hati para hamba Allah didunia ini yang mendengarnya. Walaupun suara itu datang samada dibayar ataupun tidak, ianya tetap mendamaikan. Walaupun sipenzikir itu berambut panjang dilepaskan atau diikat,ianya tetap memberi getaran dalam jiwa ini bila mendengar suara itu.Begitulah apabila jiwa terlekat pada Allah.
Dikejauhan malam ini juga,ada anak-anak yang tidak dapat tidur merindui ayah dari darah dagingnya sendiri.SAyup-sayup suara ayahnya berkemundang diradio berzikir memuji Allah, akan tetapi hati anak-anak ini kosong kerana rindu akan ayahnya dihujung bumi sana.
'Ayah!!!, tolonglah dengar zikir kami yang terlalu amat merinduimu.Setiap hari kami tidak dapat tidur lena terkenang usapan tangan ayah yang menidurkan kami setiap hari'.
'Ayah!!!, dosa ibu pada ayah tidak kami pedulikan,kami hanya perlukan ayah dalam hidup ini.JAnganlah tinggalkan kami dengan wang yang tidak berjiwa ini.Kami perlukan ayah dalam meneruskan kehidupan didunia ini.KAmi takut lalai dan alpa tanpa kasih ayah'.
'Ayah!!! selimut yang meliputi kami ini tidak dapat memanaskan badan kami.Ibu sentiasa ambil berat akan keadaaan kami samada digigit nyamuk ataupun tidak.Tapi ayah, kami rindukan belaian ayah.Biarlah kami tidak diselimuti,cukuplah tangan ayah mengusap badan kami kerana usapan itu memanaskan seluruh tubuh badan kami'.
'Ayah,adik yang kecil itu sentiasa memanggil ayah bila terdengar suara ayah diradio.DIa tidak faham kenapa ayah tidak datang mengambil dia sedangkan suara ayah terlalu dekat dengannya.Setiap malam adik termimpi ayah sehingga menyebutnya dalam tidur.'
'Ayah, kami mohon agar ayah dapat ambil cuti dalam setahun untuk bersama kami.Kami tidak mampu merindui ayah lagi.Jika ayah tidak mahu pulang,belikan kami tiket bus agar kami dapat mencari ayah diibukota sana.Sungguh sampai hati ayah tinggalkan kami tanpa kasihmu.'
'Ayah,mata kami semakin mengantuk,tapi hati kami sedang merayau-rayau mencari ayah diibukota.Kami telefon IKIM bila mendengar suara ayah diradio itu.tetapi pihak sana mengatakan ayah takder. Kami telefon Astro bila melihat rancangan ayah keudara.Tapi hampa bila mereka mengatakan perkara yang sama.'
'Ayah, Allah amat kasih pada hamba yang beriman dan sentiasa melihat hamba itu pada setiap detik. Tapi ayah tidak begitu.Burukkah wajah kami disisi ayah?'
'Ayah, kami tidur dulu yea.Adik kecil kirim salam rindu pada ayah. Dia demam agaknya'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan