Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? ” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.H.R. Hakim
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan
kebangkitan kaum hawa memang bergitu semangat...revolusi kebangkitan rakyat yaman di nanti-nantikan seluruh dunia..ayuh!!! wahai kaum hawa..kamu salah salah satu sayap membawa arus perubahan di negara yemen....!!!
Daripada Muazd Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”. H.R. At Thabrani dan Abu Nuaim
Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi di masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.
NASIHAT AGAMA DALAM BAB JIHAD :
Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan, sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pengecut/penakut.
Janganlah anda keluar untuk berjihad melainkan mendapat izin dan restu daripada kedua ibu dan bapa anda.
Ambillah tempat orang Islam yang diserang musuh dalam peperangan antara Islam dan Kafir jika anda mampu.
Perbanyakkan dari beramal dengan amal-amal yang soleh seperti zikir, puasa sunat dan lain-lain ketika anda menyertai operasi jihad, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu, kerana mati syahid tidak akan tercapai sekiranya anda berhutang.
Mohonlah mati syahid dalam jihad pada jalan Allah.
Pelajarilah ilmu memanah serta penggunaan alat-alat peperangan, janganlah anda meninggalkan ilmu tersebut setelah anda mempelajarinya.
Janganlah anda mencuba untuk memanah pada benda yang bernyawa kecuali pada musuh di medan peperangan.
Ikhlaskanlah niat anda dalam jihad, elakkan daripada berniat untuk mendapatkan harta rampasan atau mahukan kemasyhuran debgan gelaran tersebut.
Bila anda berada dalam medan jihad, janganlah anda lari daripadanya kerana ia termasuk salah satu daripada dosa besar.
Janganlah ambil sebahagian dari harta rampasan sebelum dibahagikan.
Pasangkan niat untuk sentiasa berada dalam jihad walaupun anda tidak atau belum menyertainya agar tidak terdapat dalam diri anda sifat nifaq.
apabila pemerintahan yang berkuasa itu lalai kepada suruhan ALLAH..maka berlaku lah gejala rasuah , mengumpulkan harta kekayaan untuk peribadi , zalim terhadap rakyat negara masing2..gelaja sosial sangat meruncingkan sehingga parah untuk di bendung.. oleh itu kita sebagai rakyat yang berdemokrasi kita sama2 lah mengubah perintahan yg zalim kepada perintahan yang adil tidak kira agama dan bangsa kerana ia dituntut oleh ALLAH S.W.T ....
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. WALLAHUA'LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan