Jumaat, 27 Februari 2009

..:: LayaKkah Aku Terima Nikahnya? ::..

“Ibu teringin bangat untuk melihat abang (pangilan dalam keluarga), pulang dengan segulung ijazah.Ibu tidak pernah terkilan, walaupun abang telah menolak tajaan dan tawaran yang lebih baik dari sekarang, tapi ibu percaya itulah pilihan paling tepat pernah abang lakukan. ”

“Tiada kebahagian paling manis bagi ibu dan abah, selain melihat abang dan adik-adik yang lain berjaya.Ibu dan abah sanggup habiskan duit, bergadai harta demi sebuah kasih sayang, dan percayalah kami tidak pernah pun minta dipulangkan semula pengorbanan tadi seperti apa yang kami usahakan kecuali, balaslah dengan kejayaan kalian.Ibu percaya hanya kejayaan sahaja menjamin kebahagian hakiki walaupun keluarga kita tidaklah kaya, tapi kita bersyukur dapat kecapi kehidupan seperti apa yang dilihat sekarang.”Ibu cuba meyakin penulis dengan kata-kata semangat, dan diulang berkali-kali setiap kali melihat penulis sibuk mengemas pakaian dan peralatan yang ingin di bawa.

“Ibu dan abah jangan risau, walaupun abang tidak berada dekat di sisi, tetapi abang akan luangkan masa untuk menghantar suara-suara sebagai pengubat rindu.Abang juga ingin mendengar kata-kata sayang, dan perangsang daripada ibu dan abah untuk abang gagahkan langkah bila tinggal berjauhan nanti.Dah la, Janganlah ibu risau…”Penulis mengukir senyuman tatkala aura mata bertentangan.Penulis tetap kagum, ibu sentiasa tenang.

Seingat penulis, kata-kata tersebut masih segar di kamar ingatan dan diputar berulang-ulang sehinggalah sehari sebelum penulis berangkat ke Mesir.Penulis kuatkan semangat dan bulatkan tekad untuk berjuang hingga ke titisan keringat terakhir.Ibu dan abah, tidak pula penulis lihat pada raut wajah mereka rasa kecewa, dan sedih untuk melepaskan penulis, maklumlah mungkin penulis sedikit hampir dengan mereka, dan sentiasa berdiri dibelakang mereka, memberi pendapat dan pandangan peribadi sebelum mereka memutuskan sesuatu hal yang cukup mustahak.Mungkin juga penulis, sedikit matang dalam melihat sesuatu perkara untuk satu tempoh masa yang agak lama, biarpun kesusahan pasti menanti dipermulaan langkah, tapi tindakan penulis tidak pernah meleset.

“Boleh ibu berpesan satu perkara lagi?”Ibu kuatkan sukma untuk mengungkap kata-kata, mungkin kata-kata terakhir sebelum penulis mengangkat kaki, kurang dua jam lagi meninggalkan tanah air.

“Jika terpaksa abang diikat dengan mana-mana perempuan di sana sebelum abang siap ijazah pertama, ibu redha dan terima seadanya seperti keluarga sendiri.Tapi janganlah perkahwinan tersebut memudarkan semangat abang untuk berjaya”

“Ibu percaya dia, adalah insan paling bertuah yang berada di sisi anak ibu yang sulung ini.Ingatlah jangan gadaikan sesuatu yang belum pasti menjadi aset untuk hari kemudiannya, tapi jadikanlah ianya sebagai azimat untuk melakar kejayaan.”Tambah ibu lagi, sambil mencium pipi penulis.

Mutiara-mutiara kata daripada bonda tercinta, penulis kutip dan tetap sahaja penulis pegang dengan erat sehingga sekarang dan buat selama-lamanya.Dua perkara yang cukup penting bagi penulis dan mungkin anda, ilmu dan jodoh.Ilmu yang bermanfaat untuk menjadi pelindung dari dijilat bahan panas, dan perkahwinan sebagai jambatan untuk mengekalkan kemandirian institusi keluarga islam bahagia yang pernah dicetuskan Nabi saw dan pasangan baginda.

Bila Ilmu Bersemayam Bersama Jodoh

Jauh di sudut hati penulis dan anda semua, tertanya-tanya bagaimana ilmu itu bisa dimanfaatkan untuk membentuk delegasi besar bersama perkara-perkara lain yang dianggap penting seumpama perkahwinan?Dua hal penting ini, cuba untuk penulis berkongsi bersama para pembaca budiman.Berlaku adil pada fitrah (jodoh) dan berlaku adil pada tuntutan semasa (ilmu).Kita perlu sedar dan bijak membuat perbandingan, kadang-kadang kita lihat ramai sahaja dikalangan golongan berpendidikan salah tanggap dalam membuat penilaian hidup yang sebenar, terutama dalam mengenal identiti serta peranan dua hal ini.

“Ustaz tak kan tak tahu, perkahwinan ini kan untuk kekang nafsu”

“Saya dah tak tahan lagi ustaz, kalau hati dah suka, tiada siapa boleh halang”

“Ana rasa tak kahwin pun tak apa, asalkan kita bahagia.Lagipun tak payah susah-susah fikir lampin dan susu anak-anak”

Betul, memang mahu kekang hawa nafsu, mahu elak dari terjebak kancah penzinaan dan sebagainya, tapi bagi penulis ianya salah satu cara bukan satu-satunya cara yang ada.Jadikanlah Ilmu sebagai ‘meransang’ dan jodoh sebagai ‘perangsang’.Macam mana tu?

Pernah kita berfikir sejenak, masa di alam persekolahan dulu.Minggu terakhir persekolahan hujung tahun sebelum cuti panjang, cikgu-cikgu mesti sibuk menyediakan pelbagai bentuk hadiah sebagai penghargaan dari pihak sekolah kepada sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.Penulis juga tidak terlepas merasai saat indah seperti ini.Ye la, bukan calang-calang orang yang boleh berada di atas pentas atau di hadapan perhimpunan, bukan kerana kena denda sebab buat bising dan sebagainya, tetapi untuk sebuah kenangan yang pasti bagi mereka yang mempunyai akal, sebagai ‘merangsang’ untuk diri penulis dan rakan-rakan terus melakar kejayaan.Ini cerita penulis semasa dibangku sekolah rendah dahulu untuk membawa ‘fikir’ dan peringatan kepada kita semua, untuk apa kejayaan ini.

Tapi, sebenarnya untuk ilmu itu sendiri tidak perlu merangsang, tetapi ilmu yang merangsang untuk bergerak dan seterusnya berjaya.’Merangsang’ dan ‘perangsang’, dua kata nama yang berbeza pada istilah penggunaannya walaupun berasal dari kalimah yang sama, iaitu ‘rangsang’.‘Merangsang’ adalah wadah untuk menggerakkan sesuatu jentera, gerak kerja dan sebagainya, akan tetapi ‘perangsang’ adalah momentum penyebab pada berlakunya sesuatu gerakan.Kalau kita katakan ilmu sebagai ‘perangsang’, maka ramai sahaja kita melihat mereka yang mempunyai ilmu yang berjaya, sebab sesiapa sahaja yang menimba ilmu, ikhlas ataupun tidak, akan mengecapi kejayaan.Maka tidaklah pula akan kita melihat mereka yang gagal dalam setiap lapangan peperiksaan.Tetapi kenapa sebaliknya berlaku?Jadi cara berfikir kita perlu diubah, di samping kita betul-betul ikhlas, kita akan sedar setiap jerih perih kita selama mana menimba ilmu, sebenarnya balasan yang setimpal akan kita rasai dipenghujungnya, iaitu sebuah kejayaan.

Perkahwinan (jodoh) sebagai ‘perangsang’, bagaimana pula tu ustaz?

Penulis tidak mengatakan, hanya perkahwinan sahaja satu-satunya jalan atau cara bisa menjadi ‘perangsang’ untuk bergerak dan berjaya.Cuma sengaja penulis bawakan contoh ini, untuk cetus ‘fikir’ dikalangan rakan-rakan yang beriya-iya sangat untuk kahwin semasa bergelar student tetapi pudar semangat belajar selepas itu, atau mereka yang memandang serong berkahwin semasa masih belajar.Bukan untuk menggalakkan, bahkan penulis setuju sangat kalau dapat sabar sehingga perolehi sijil pengajian dahulu daripada mengumpul dua sijil dalam satu-satu masa.Orang kata kalau dah sampai ‘seru’ dan tidak dapat kekang hawa nafsu lagi, baik jalan terus daripada termanggu-manggu kena penyakit angau, lagi susah.

Waktu inilah banyaklah khidmat pesanan ringkas (sms), chatting dan panggilan liar mencari mangsa.Tidak kurang juga yang berkira-kira mencari dan mentaqdim bakal pasangan hidup.’Ratio’nya sama sahaja antara dua jantina.Mungkin bagi yang sudah berpunya mula mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia.Alangkah indahnya bila study ditemani suami di sisi.Seronoknya bila tekanan belajar diredakan oleh isteri tercinta.Angan-angan dan khayalan sebegini sering hadir menggangu kelompok mahasiswa, baik di dalam mahupun diluar negara.Semuanya hadir, ketika serabut menatap buku kuliah yang bertimbun-timbun.

Inilah antara clinical picture kepada dua penyakit yang penulis utarakan di atas.

“Bagaimana nak uruskan ni?Seorang kat Malaysia, dan seorang lagi kat luar negara”

“macam mana pula ustaz kata dapat jadi perangsang tu?Ana bimbang akan menjadi bahana pula”

Bukan niat penulis untuk membantutkan idealisme anda, para pembaca sekalian.Cuma sekadar nasihat atas pengalaman kebiasaannya yang berlaku, mereka ini akan mengalami syndrome mahu mencintai dan dicintai.Juga virus rasa nak kahwin awal.

Aetiology-nya setakat pemerhatian penulis ialah tekanan belajar.Predisposing factor-nya pula ialah suasana hidup di Mesir, bahkan juga di mana-mana sahaja bilamana adanya insan bernama manusia, khusunya dikalangan kelompok mahasiswa.Kebanyakkan penyakit ini akan beransur sembuh apabila peperikasaan tamat, bahkan ada yang mengatakan tidak terfikir langsung bila bersama keluarga di Malaysia, macam-macam karenah la, dan sebagainya.

Apa salahnya jika ada yang sudah berkira-kira untuk ijab dan qabul, agar melihat kondisi anda ketika itu mengikut persepsi yang sihat, buang jauh-jauh rasa tidak yakin anda kerana risikonya tetap ada walaupun seseorang itu yakin dapat mengimpikan sebuah pelayaran yang menarik dan kelainan dari sebelumnya.Percayalah jodoh anda sudah sampai, dan sememangnya anda sudah layak memikul amanah yang dipertanggunjawab bersama pasangan masing-masing.Jika ingin selamat, hindarilah awal-awal virus yang mungkin merencatkan serta membantutkan perancangan anda, mungkin terapinya ada, tapi belum tentu mujarab secara totalnya.Maka konsep paling mudah ialah mencegah lebih baik dari mengubati, merancang sebelum terancang.

Cuba kita berfikir, dengan mengjangkau masa kehadapan.Setiap daripada kita, golongan berpendidikan harus berwaspada bahawa bumi yang kita pijak bukanlah syurga selama-lamanya aman dan damai.Sedar atau tidak, dunia merupakan hamparan gelanggan hidup yang penuh dengan pergolakan dan percubaan.Justeru itu, persedian dengan suatu bimbingan dan juga ditanam dengan sikap yang tegas perlu dirunion dari masa ke semasa.Jadi ke arah mana perlu kita lorongkan hidup ini, jika mereka tidak punya perancangan yang tetap dalam menilai aspek hidup ini, maka kelak kebinasaan menjadi tetamu.


Allah Taala berfirman;“ Orang yang kafir di dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir.Dari jauh disangka air, setelah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada satu apa pun juga.Mereka itu dihisab di sisi Allah dan Allah cepat sekali menghisab.” an Nur (24:39)

Masa yang kita tempuh sering membuatkan manusia itu belajar dari kehidupan.Dengan bimbingan agama Islam, seseorang itu dapat memandang hidup ini dengan pandangan yang optimis.Dengan pedoman Islam, seseorang itu akan mendapat kedamaian dan ketenteraman dalam hidup ini.Waktu yang begitu berharga janganlah digunakan ke jalan yang menyimpang daripada lunas-lunas Islam.Akibatnya seseorang itu akan hidup dalam kerugian yang berpanjangan dan penyesalan yang tiada berkesudahan.Menyesali nasib memang tidak ada gunanya jika sudah terlanjur jauh.Berfikirlah sebelum bertindak!!!

Layakkah Aku Terima Nikahnya?

“Ustaz ana minta maaf, ana masih binggun bagaimana kita boleh menilai wajah keibuan ada pada seseorang perempuan?”

“Kadang-kadang ana perhatikan, tidak semua yang punya wajah ibu, mempunyai sifat keibuan juga”

“Habis tu kesianlah, bagi perempuan yang tidak punya wajah ibu”

“Ana rasa banyak perkara yang ustaz sembunyikan dari artikel yang lepas, sebab ada yang tergantung”

Bila penulis cuba mengamati, sapaan dan teguran teman-teman tentang artikel yang diterbitkan sebelum ini, seoalah-olah menjadi spekulasi dan timbul tanda tanya.Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat dalam soal jodoh, dan peka dengan istilah ‘wajah ibu’ yang penulis ketengahkan, tapi mungkin ada yang tidak perasan pada mesej utama yang cuba diselitkan.Tidak kurang juga, penulis terima mesej maklum balas jauh nun dari Eropah;

“Jika semua lelaki mencari wanita yang mempunyai wajah keibuan.Bagaimana pulalah nasib wanita yang tidak ada wajah sedemikian?”

Tidak semua, para pembaca yang memahami suatu mesej yang jelas diakhir artikel lalu.Penulis cuba ingatkan kembali apa yang telah diterbitkan, kerana hajat untuk mencetus ‘fikir’ bagi para pembaca yang belum lagi penulis mencapainya;

“Kali ini penulis ingin ‘mengajak fikir’ wanita-wanita yang berkerjaya agar mempersiapkan diri dengan ilmu keibuan yang tidak diajar di universiti.Mungkin anda tiada punya wajah keibuan, tapi ilmu untuk menjadi seorang ibu yang baik bisa dipelajari dan ditekuni, bahkan anda mungkin menjadi ibu yang terbaik daripada mereka yang hanya ada ibu pada wajahnya.

Banyak lagi yang ingin saya coretkan, namun bimbang insan yang bernama wanita makin terguris.Buat jejaka, wajah anda bagaimana?Ada wajah kebapaan?Cuba renungkan sejenak!”

Inilah sebenarnya mesej penulis ingin sampaikan kepada para pembaca budiman, terutama para wanita dan bakal calon suami.Bukan mencari dan mengidamkan wajah keibuan yang mungkin tiada pada anda.Tidak perlu bersusah payah mencari akar-akar kayu tradisional atau membuat pembedahan plastik untuk punya wajah ibu, tapi anda perlu menekuni supaya menjadi ibu yang hebat lagi cemerlang.Namun keinginan, kemahuan, dan kerajinan untuk menjadi ibu yang hebat belum cukup tanpa ada usaha ke arah itu, dan inilah perkara penting yang perlu dilihat oleh setiap wanita di luar sana.Sebenarnya anda mampu melakukannya.

Teringat juga penulis pada pesanan ibu dahulu;

“Rupa tidak boleh diubah, Allah Taala dah beri macam tu, tapi akhlak itu yang boleh diubah”

Memang benar wajah ibu ini hanya wujud pada sesetengah individu sahaja, yang boleh dianggap suatu keistimewaan dalam masyarakat kita.Kelebihan yang tidak mudah pada personaliti seseorang, sepertimana wujud golongan yang terpelajar yang mana tidak juga semua dikurniakan bijak pandai, kreatif dalam pekerjaan, pandai dalam bergaul, celik komputer, dan sebagainya.Wajah keibuan juga mungkin gifted.Tetapi ilmu dan kemahiran untuk menjadi ibu yang hebat, sesiapa sahaja wanita boleh menekuninya tanpa ada batasan dan sempadan.

Mesej penulis kepada para jejaka, carilah bakal ibu yang hebat untuk bakal anak-anak anda, di samping tidak lupa untuk mempersiapkan diri dengan sikap dan nilai-nilai seorang suami dan bapa yang cemerlang.Seorang ibu dan bapa yang cemerlang bukan semata-mata mampu menyediakan kemewahan material kepada anak-anak, tetapi hebatnya mereka ialah pada kemampuan mendidik, mentarbiah anak-anak dari segi fizikal dan spiritual lebih-lebih lagi kasih sayang yang mencukupi.Kasih sayang yang membina bukan meruntuh.


Hajat kita untuk melihat pembinaan masyarakat yang cemerlang hasil daripada tangan yang menghayun buaian juga tangan yang mengalas senjata.Kerosakkan remaja hari ini berpunca daripada kegagalan ibu bapa dalam mendidik jiwa generasi sesuai dengan tuntutan agama dan zaman, tanpa kita nafikan sebab dan punca lain yang pelbagai.Justeru itu juga, lengkapkan diri anda dengan segenap aspek yang perlu, sebagai muslim yang cemerlang, bakal ibu dan bapa yang hebat kerana Imam el Ghazali telah berpesan kepada kita bahawa;

“Pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak”

Jelaslah, andai kita mengidamkan sebuah keluarga yang dibarisi para mujahid dan mujahidah yang hebat, maka persedian anda hendaklah hebat juga sepersis kutipan mutiara kata dari ulama’ sufi yang paling berpengaruh itu.

Jika anda, khususnya para ibu dan bakal calon suami keliru.Penulis sarankan agar abaikan sahaja wajah keibuan dan wajah kebapaan, tapi siapkan diri anda dengan nilaian keibuan dan kebapaan yang tulen dan sejati.Untuk kita dan generasi yang mendatang.

“Ustaz ana pernah ditaqdim oleh muslimin, tapi ana sering tidak yakin untuk menerima lamaran tersebut.Bukan apa ana tidak pernah mendapat petunjuk dari solat Istikharah yang dikerjakan.Apa yang harus ana buat?”

Cetusan Rasa Hati Terpimpin

“Betul ke ustaz terdapat hadith, yang menyatakan bilamana seseorang itu dilamar oleh seorang pria yang baik lagi soleh, maka seharusnya kita menerima lamarannya?Ana masih keliru, harap ustaz dapat bantu ana”

Penulis juga ingin ulangi untuk kesekian kali, mungkin ada yang sudah mengamati artikel penulis sebelum ini, namun sebagai peringatan yang membina penulis cuba mencoretkannya kembali.Jangan risau, dan khuatir jodoh anda telah pun ditentukan, cuma dengan siapa, cepat atau lambat, baik atau hodoh hanya Allah Taala sahaja yang tahu.Maka kita sebagai hamba yang percaya pada Qadha’ dan Qadar-Nya menerima sahaja ketentuan-Nya dengan seadanya tanpa perlu mengeluh, tapi ingat kena sertakan usaha dan ikhtiar anda, baru bertawakkal sepenuhnya.

Jodoh bukannya datang bergolek malah kita perlu berusaha mencari dan berikhtiar.Sekiranya kita sudah menemui pilihan hati namun yang terbaik perlu kita membuat istikharah bagi memastikan pilihan itu adalah pilihan yang tepat dan membawa keberkatan hingga ke akhir hayat.

Istikharah ialah memohon daripada Allah Taala sesuatu perkara yang baik dengan mendirikan solat sunat Istikharah.Solat Istikharah merupakan suatu perkara sunat, wajar dilakukan bagi lelaki yang ingin menentukan jodoh dan juga bagi perempuan yang menerima lamaran oleh mana-mana lelaki.Anda para lelaki, anda perlu buat pilihan tepat.

Telah bersabda Nabi saw;

“Rahsiakan niatmu hendak meminang.Ambillah air wudhu’ dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang diajarkan Allah Taala kepadamu.Pohonlah puji syukur kepada-Nya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkankanlah:“Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib.Jika Engkau memandang pada diri si fulanah –(sebutkan nama sebenarnya)– terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku.Jika ada wanita lain yang Engkau pandang lebih baik bagiku takdirkanlah dia bagiku”

Pesanan Kepada Para Wanita dan Lelaki

Daripada institusi perkahwinan akan terbentuklah masyarakat, bangsa dan Negara.Melalui institusi ini generasi muda dibentuk dan dididik untuk mendukung aspirasi-aspirasi yang dikehendaki oleh Islam.Membina sebuah masyarakat yang suci dan bersih dari dinodai dari sebarang anasir kejahatan yang boleh merosakkan masyarakat merupakan hasrat Islam.Justeru itu, Islam mencegah sesuatu kejahatan atau kemungkaran dari bawah lagi, dengan menutup pintu-pintu maksiat.Maka Islam meletakkan prinsip-prinsip yang utuh untuk melindungi kesucian masyarakat ini, dengan memerintahkan supaya menahan pandangan, menetapkan bats aurat, system hijab, batas pergaulan serta adab dan sebagainya.Bahkan di sana disediakan hukuman bagi sesiapa yang melanggari prinsip tersebut.

Di antara wanita dan masyarakat mempunyai pertalian yang kukuh untuk mengerakkan wadah pembangunan dan kesejahteraan manusia sejagat khususnya golongan muda mudi.Ketandusan akhlak dan tatasusila wanita adalah asas kepada merebaknya maksiat dan keruntuhan akhlak masyarakat.

Nabi bersabda;“Tiada fitnah yang paling memudharatkan (berbahaya) ke atas kaum lelaki daripada wanita yang ditinggalkan selepas aku”

Baginda saw memberi isyarat keras akan ancaman yang datang daripada kaum hawa, yang bisa mengundang kemusnahan dan bahaya.Lihat sahaja suasana yang dicetusan di barat seperti pergaulan bebas, rumah-rumah pelacuran, petunjukan fesyen pakaian yang merasangkan nafsu, filem-filem lucah dan sebagainya.Hingga masyarakat barat menganggap hubungan seks suka sama suka adalah perkara biasa seperti menghilangkan lapar dan dahaga.Amalan-amalan buruk yang sudah menjadi pakaian mereka itu, tidak lagi dipandang bimbang atau suatu keaiban, bahkan perasan malu di antara mereka telah pudar ditelan material dan mentaliti kolot.

Malahan amalan buas itu telah membawa kepada keadaan yang lebih buruk.Bilamana lahir anak-anak yang tidak diketahui nasab keturunan.Bagi kaum-kaum wanita yang tidak mahu melihat kandungannya hidup hasil perkongsian secara haram, janin pula digugurkan.Bahkan ada yang tergamak membuang bayi yang baru dilahirkan, peragai mereka ini tidak ubah seperti kaum jahiliah sebelum Nabi menerima watikah sebagai Rasul, yang senang melihat anak perempuan baru dilahirkan, ditanam hidup-hidup.Pelbagai lagi penyakit yang dahsyat telah menular, kes bunuh menjadi perkara wajib sebagai bahan bacaan umum di dada-dada akhbar, anak-anak terbiar, perpecahan rumahtangga, dan sebagainya.Ianya adalah sebahagian dari bertimbung-timbung masalah gejala sosial tidak sihat, disebabkan kerakusan tangan-tangan yang busuk.

Pengaruh nafsu buas dan keruntuhan moral barat ini merebak bagaikan virus di kalangan masyarakat umat Islam.Ini adalah kerana undang-undang Islam sepenuhnya tidak dilaksanakan, sebaliknya undang-undang jahiliah dijadikan asas pembinaan masyarakat dan Negara.Paling menyedihkan pemerintah dan orang Islam itu sendiri memandang sepi, malah menentang pelaksanaan undang-undang Islam.

Prinsip-prinsip Islam dalam pembangunan masyarakat harus dipratikkan.Wanita yang menjadi tunggak pembentukkan keharmonian dan kesucian institusi keluarga, yang mana harus dididik dan dijaga agar ianya tidak menjadi ‘api dalam sekam’ yang akan membinasakan kesucian masyarakat.Wanita perlu diasuh dan ditarbiah dengan akhlak serta saksiah mulia, di samping menanam iman yang subur sedari kecil, dengan harapan mereka (golongan hawa) membesar dalam suasana Islam dan menjadi benteng penyelamat masyarakat dari kerosakan.

Nabi bersabda;“Mana-mana lelaki yang di sisinya mempunyai seorang anak perempuan, lalu beliau mengajarnya dan memperelokkan pengajarannya dalam mendidiknya (sehingga menjadikan dia beradab serta menjaga nilai-nilai agama) dan menyediakan pendidikan baik, maka anak perempuan kelak menjadi tabir melindungi beliau dari dijilat api neraka”

Maka jelaslah wanita dan masyarakat ibarat kilauan mutiara pada mahkota raja, baik atau buruknya akhlak wanita akan menggambarkan kesucian pembangunan modal insan di kalangan masyarakat madani.

“Muslimah adalah wanita yang lahir dari sebaik-baik umat, yang memelihara keIslamannya dengan menjaga nilai-nilai ajarannya, mengekalkan sakhsiah muslim dan adat-adat yang bertepatan dengan lunas-lunas Islam”
Setelah lebih 9 bulan dikandung dlm rahim ibu, dan selama tempoh itu juga lah aku dibawa ke hulu dan ke hilir, ke mana ibu pergi pasti aku dibawanya tanpa rasa penat dan lelah.. Maka tanggal hari Isnin, 29 mei 1988 M bersamaan 13 Syawal 1408 H, lahirlah seorang bayi yang berteriak menangis sambil disambut oleh ayahku dalam keadaan syukur di samping ibuku tersenyum gembira walaupun baru selesai 'bertarung dengan maut' demi melahirkanku.. Kini aku kian dewasa, sudah 21 tahun lebih aku diberi peluang melihat dan mengenali 'tipu daya' dunia ini, sepanjang tempoh itu aku dijaga, dibesarkan, diasuh dengan penuh kasih sayang serta dididik dengan tarbiah islamiah oleh kedua ibu bapaku sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w, sehinggalah aku menjadi diriku seperti hari ini.. Terima kasih tak terhingga buat kedua ibu bapaku yang bersabar atas kenakalan anakmu ini.. "Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku kecil.."

Rabu, 18 Februari 2009

..:: PEMUDA-PEMUDI
DALAM MENGHADAPI CABARAN ::..


فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم . ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار


Pemuda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah . Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan. Memprogramkan pemuda antara agenda baginda Rasul saw . dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di muka bumi Allah ini.

Generasi awal ( السابقون الأولون ) yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As-Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda. Malah Rasul saw . sendiri , ketika ditabalkan sebagai seorang rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda ).

Sabda Rasulullah saw. أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ . Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang - orang tua menyanggahiku .

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Sebagai seorang pemuda/i yang melibatkan diri dengan gerakan Islam , sememangnya akan menghadapi cabaran-cabaran perjuangan yang tak mudah untuk diatasi. Justeru itu , pemuda/i tak selayaknya alpa dibuai mimpi sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar.

CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI

Sekurang-kurangnya 5 cabaran utama yang akan ditempohi oleh pemuda/i dalam menyusuri susur galur perjuangan membina kewibawaan ummah dan keunggulannya. Cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah :[1]
1. Ancaman Syaitan dan hawa nafsu
2. Serangan pemikiran
3. Keruntuhan moral
4. Tentangan pemerintahan sekular
5. Cengkaman rasa putus asa terhadap Amal Islami

Cabaran 1 : ANCAMAN SYAITAN DAN HAWA NAFSU ( تحديات الشيطان و النفس و الهوى )

Antara faktor yang menyesatkan manusia ialah :
· Was-was syaitan yang menjerumuskan وسوس الشياطين المغوية
· Bisikan nafsu ammarah إيحاءات النفس الأمارة
· Desakan hawa yang menggalak نزغات الهوى المتبع

Was-was syaitan yang menjerumuskan .

Firman Allah swt : Maksudnya : Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
( Al Hijr 39 - 40 )

Syaitan adalah satu anasir yang mampu membunuh aqidah ummah sekaligus menjerumuskan mangsanya ke Lembah Jahannam . Ia tidak pernah mengenal simpati malah mereka menghasut manusia dengan penuh semangat dendam kesumat dan rasa permusuhan yang berpanjangan .
Firman Allah swt : Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
( Al - Faatir 6 )

Lantaran itu, pemuda/i sewajarnya memiliki pertahanan dalam menghadapi cabaran ini,suatu cabaran yang mengalir dalam pembuluh darah mereka sendiri. Membebaskan diri dari tipu daya syaitan dan hasutannya . Justeru itu, pemuda/i selayaknya mempersiapkan diri dengan beberapa noktah penting iaitu :

· Perlakukan syaitan itu sebagai musuh ( jangan sekali-kali berkawan dan memberi ruang kepada syaitan menghampiri )
· Istiqamah di atas Manhaj Rabbani
· Mempertingkatkan keimanan kepada Allah
· Memohon perlindungan daripada Allah
· Mempertingkatkan taqwa kepada Allah
· Menghidupkan hati dan anggota dengan zikrullah dan ibadah yang berterusan.
· Ikhlas dalam amal dan tindakan Tanpa persiapan sedemikian, pemuda/i akan terperangkap dalam manipulasi syaitan yang amat licik
. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan syaitan seterusnya menjadi agen syaitan untuk melebarkan tipu daya dan hasutan agar lebih ramai manusia terjerumus dan terseleweng dari jalan yang lurus.
Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” seseorang pemuda/i mudah dipengaruhi.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبل هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ
( رواه الحاكم )
Maksudnya : Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang matimu , sihatmu sebelum datang sakitmu , kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu , mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu .

Sabda Rasulullah saw :

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه

Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya .
( Riwayat At- Tarmizi )

Bisikan Nafsu Ammarah Nafsu adalah satu elemen yang wujud dalam kehidupan manusia dan ia mempunyai dua posisi samada baik ataupun jahat.

Firman Allah swt : Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa . Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) , dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
( Asy - Syam 7 - 10 )

Sekiranya pemuda/i tersebut merupakan seorang yang beriltizam denga amal Islami , ilmu dan tarbiah , maka nafsu akan selari dengan hidayah . Jika tidak , nafsunya akan bergelora , membisik kepada kejahatan dan kelalaian.

PEMBAHAGIAN NAFSU

1. Nafsu Ammarah النفس الأمارة بالسؤ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
( Yusuf 53 )

Nafsu yang tidak lahir dari iman dan tidak pula hasil dari ketaqwaan . Malah , tidak komited dengan syariat Adden Rabbani . Justeru itu, ia adalah nafsu yang banyak mendorong angkara jahat dengan menggerakkan nafsu syahwat di samping menerima baik was-was syaitan.
2. Nafsu Lawwamah النفس اللوامة

Firman Allah swt :

لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

Maksudnya : Aku bersumpah dengan Hari Kiamat ; dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! Nafsu yang sering mencela dirinya diatas kesilapan dan kesalahan yang lalu dan menyesal diatas apa yang telah dilakukan.
Namun, ia masih jua terperangkap dalam noda dan dosa yang sering dicelanya itu.

3. Nafsu Mutmainnah

Firman Allah swt : Maksudnya : (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
( Al - Fajr 27 - 30 )

Nafsu yang tetap tenang dan utuh diatas iman , taqwa dan Islam. Desakan Hawa yang Menggalak نزغات الهوى المتبع Suatu desakan yang mengundang dosa dan noda tanpa mempeduli ancaman balasan neraka serta kemurkaan Allah swt.

Was-was syaitan dan nafsu Ammarah memainkan peranan yang utama dalam mencetuskan desakan bernoda sehingga manusia terjerumus dan terlanjur melakukan kejahatan dan kerosakan.

Firman Allah swt ; Maksudnya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
( Al - Jathiyah 23 )
Firman Allah swt : Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
( Al Mukminun 71 )
Firman Allah swt : Maksudnya : Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
( Shaad 26 )

Antara yang selayaknya dilakukan oleh pemuda/i untuk menyelamatkan diri dari terpedaya oleh desakan hawa nafsu yang liar ialah sebagaimana berikut :

· Kejituan iman
· Memenuhi kelapangan dengan perkara yang bermaanfat
· Sahabat handai yang soleh (termasuk isteri yang solehah)

..;; Nasihat khas untuk diriku dan sahabatku sume ::..



Umumnya untuk semua yang bergelar PENDOKONG agama Allah!.

Buat kerja Islam/Jemaah mesti dengan hati yang ikhlas.
Buat kerja Islam/Jemaah mesti bersungguh-sungguh kerana ia cermin kepada keikhlasan.
Buat kerja Islam/Jemaah mesti sabar dengan ujian yang bakal menimpa.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk disanjung.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dikenang.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dipuji.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk tunjuk hebat.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dibayar.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk mengungkit segala pengorbanan.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk merendahkan sahabat seperjuangan yang lain.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk lebih rapat dengan Allah dan Rasul.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk berlapang dada.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk sentiasa berfikir.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk bekerja dengan laju.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk manfaatkan masa yang ada.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk matangkan diri.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk jaga penampilan.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk sayangkan sahabat.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk jadi hamba dan khalifah Allah yang sejati.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk menjaga amanah sebaik mungkin.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk wala’ dan taat pada pemimpin selagi tidak berlanggar syariat
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk menghargai sumbangan sahabat lain walaupun sedikit.

Yang penting, biarlah banyak bekerja dari banyak berkata. Kadang kala, kita lebih suka mengkritik, merendahkan sahabat lain seolah-olah kita yang hebat. Hebat sangat ke kita hingga suka mengungkit segala pengorbanan yang sedikit???..Tepuk dada dan tanyalah iman yang sedang nazak. Ya Allah yang membolak balikkan hati, thabatkan lah hati kami dalam Islam dengan ketaatan kepada Mu. Amin.

..::: Wahai aNak Muda - Mudi, Artis Bukanlah Idola dan Ikutanmu ::..

Hiburan yang ditonjolkan bukanlah melambangkan kemajuan dan ketamadunan sesuatu zaman. Walaupun lirik dan suasana telah berubah, orang pada zaman dahulu yang jahil pun tahu menyanyi, menari dan berjoget. Sama juga dengan perbuatan artis yang menanggalkan pakaian di khalayak ramai.

Melihat kepada perkembangan dunia hiburan di Malaysia ini, tidak dapat dinafikan bahawa hiburan di negara kita boleh dikatakan berada pada tahap yang amat ‘memberangsangkan’. Manakah tidaknya, muda mudi sekarang di dalam minda mereka hanya artis itu dan ini, gaya pakaian artis, apa artis buat, perangai artis dan sebagainya. Perbualan harian pun berkisar tentang hiburan dan artis. Jauh sekali memikirkan atau membincangkan mengenai Al-Quran, hadis, akhlak, ulama’, kepimpinan, perjuangan dan islah.

Manakala media pula seakan-akan berlumba-lumba untuk mencari lebih banyak liputan, siaran langsung berkenaan dengan hiburan artis yang bagi mereka boleh menaikkan populariti dan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira perkara yang lebih penting untuk di masukkan dalam slot mereka. Akibatnya, dunia hiburan berada bukan ditempatnya. Atau dengan erti kata lain dunia hiburan berada di tempat paling utama di hati muda-mudi kita. Sehinggakan lauk pauk mereka hanyalah hiburan, artis, dan sebagainya. Mereka bagaikan tiada arah tujuan hidup, mahu berhibur semata-mata.

Tanyalah kepada mereka yang terlalu taksub dengan hiburan, semestinya mereka akan katakan ‘ala muda-muda ni enjoy la dulu, nanti tua taubat la‘, ataupun dengan kata-kata yang lebih enak mereka katakan ‘ ala hiburan je..hidup perlukan hiburan‘. Maka kita katakan ya, hidup memerlukan hiburan bagi kebanyakan orang, tetapi biarlah berpada-pada. Islam adalah sebuah agama yang syumul, dan bukanlah ia satu agama yang jumud sehingga melarang hiburan. Dalam hadis Nabi S.A.W,

“Dari Aisyah r.a, bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan.” (Riwayat Bukhari)

Dan banyak lagi hadis-hadis shahih yang boleh diambil dalam menentukan bentuk hiburan yang dibolehkan. Lihatlah betapa Islam membolehkan hiburan, tetapi mestilah berdasarkan syariat dan batasan yang ditetapkan.

Begitu juga contoh-contoh hiburan yang tidak boleh dan dijatuhkan haram atau makruh oleh ulama’ seperti Dr Yusof Qardhawi didalam kitabnya, Halal dan Haram dalam Islam:

“Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, yaitu sebagaimana sabda beliau:

“Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi.” (Riwayat Ibnu Majah)

Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi”. (Halal dan Haram dalam Islam: Dr Yusof Qardhawi, Alih bahasa: H. Mu’ammal Hamidy, PT. Bina Ilmu, 1993)

Hiburan yang ditonjolkan bukanlah melambangkan kemajuan dan ketamadunan sesuatu zaman. Walaupun lirik dan suasana telah berubah, orang pada zaman dahulu yang jahil pun tahu menyanyi dan menari. Sama juga dengan perbuatan artis yang menanggalkan pakaian di khalayak ramai. Jika dibandingkan dengan orang jahiliyah zaman dahulu dengan hiburan yang ada sekarang langsung tiada perbezaan. Hiburan yang sebegitu hanya melambangkan kebodohan dan kejahilan terhadap kaum tersebut. Langsung tidak melambangkan ciri-ciri khalifah di bumi yang sepatutnya matang serta berakhlak.

Jika ditanya kepada mereka, apakah akhirnya yang anda dapat jika anda terlalu mengikuti hiburan dan gaya hidup artis? Tentu mereka diam. Mereka sebenarnya tahu ia tiada hala tuju, tidak mendapat apa-apa manfaat pun akhirnya, tetapi hati mereka dilalaikan oleh hiburan atas alasan memenuhi jiwa mereka.

Ada juga mereka yang tidak peduli langsung tentang hiburan, bagi mereka hiburan bukanlah dari hidup mereka. Mereka tiada masa dengan hiburan, bagi mereka hiburan ini merugikan masa serta tidak menguntungkan. Ini bermakna hiburan bukanlah kemestian yang ada pada seseorang. Jika dilihat kehidupan para sahabat, tabien dan generasi awal Islam, langsung hiburan tidak menerjah di hati mereka. Mereka ada lebih banyak agenda dan perjuangan untuk Islam kerana mereka lebih mengetahui dan merasai balasan Allah S.W.T kepada mereka di kehidupan dunia dan akhirat. Bagi para sahabat Nabi, dunia ini hanyalah di hujung jari mereka, tetapi akhirat di hati mereka. Pada waktu itulah tamadun Islam dapat berkembang dengan pesat. Kerana mereka tahu tujuan dan perjuangan sebenar yang perlu mereka lalui.

Oleh itu, marilah kita melakukan islah, hidup kita bukan untuk hiburan. Golongan muda-mudi sekarang yang akan menjadi pemimpin di masa depan, anda mempunyai banyak tanggungjawab, perjuangan kepada umat Islam, kepada agama dan rakyat. Janganlah terikut-ikut dengan rentak hiburan yang ada di negara kita mahupun diluar negara. Anda tiada masa dengan hal-hal yang melalaikan serta tidak memberi faedah ini. Media juga perlu peka terhadapat isu-isu umat dan kemunduran sesebuah negara disebabkan hiburan semata-mata. Janganlah menonjolkan seolah-olah negara kita agenda yang paling utama adalah industri hiburan. Hiburan itu boleh, tetapi biarlah berpada dan bukan satu keutamaan kerana banyak lagi masalah dan perjuangan serta agenda umat yang perlu dilaksanakan.

..::: Tajdid :::..

Seruan tajdid dan perubahan dalam negara kita masih lagi berterusan. Tidak dapat tidak kita terpaksa menerima halangan, cemuhan dan kutukan dari puak-puak konservetif atau orang lama. Jika tidak melakukan islah, kita akan menjadi umat yang lemah kerana…



1. Al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan pegangan hidup.
2. Ketidakjelasan akidah suci dalam masyarakat.
3. Salahfaham terhadap ajaran Islam kerana salah cara penyampaian.
4. Hiburan, artis dijadikan fokus utama dalam kehidupan.
5. Motivasi oleh penceramah berlambak-lambak, namun pelbagai masalah masih tidak
selesai.
6. Bergaya zuhud, kuat beribadah dengan meminggirkan penyelidikan, perkembangan
semasa, sosial dan masyarakat.
7. Menyempitkan pemikiran dan bersikap jumud serta konservatif.
8. Permasalah cabang dijadikan perkara utama dengan meminggirkan usul.
9. Adab berbeza pandangan tidak diamalkan di dalam masalah cabang menyebabkan
perbalahan dan perpecahan.
10. Kurangnya tawakal dan pengharapan kepada Allah sebaliknya mengharapkan
manusia, bomoh dan tangkal.
11. Cara beragama tidak mengikut sebagaimana yang dilakukan oleh 3 generasi awal
Islam.
12. Agama dijadikan candu oleh ustaz dan penceramah untuk mengaut keuntungan serta
populariti.
13. Ketidakprihatinan dengan saudara Islam yang dizalimi seperti di Palestin dan
Selatan Thailand.
14. Memayah-mayahkan masalah agama serta mengekslusifkannya untuk kelompok dan
kumpulan, bukan untuk semua lapisan bangsa, kaum, negeri dan negara.
15. Agama dimanipulasikan dengan menghasilkan produk-produk kononnya ubat mujarab,
pemakanan sunnah, upah pahala online dan lain-lain.
16. Terlalu fanatik terhadap mazhab sehingga apa sahaja pendapat yang lain
daripada mazhab tersebut dianggap salah.
17. Jika hendak jadi alim serta soleh, perlu pakai jubah, memegang tasbih, tidak
bercakap, mengasingkan diri, berjalan tunduk dan lain-lain.
18. Pendakwah-pendakwah tidak turun ke medan sebaliknya hanya selesa di atas
kerusi empuk dan bilik berhawa dingin.
19. Filem dan cerita yang dihasilkan tiada unsur moral dan ke arah suasana Islam,
sebaliknya hanya menonjolkan tahyul, khurafat, kehidupkan kota maksiat,
konflik keluarga, dan lain-lain.
20. Mengaku mencintai Rasulullah S.A.W, tetapi tidak mengikuti sunnah Baginda
secara keseluruhan.
21. Khutbah tidak memberi kesan kerana isinya yang kurang baik serta khatib yang
tidak bersemangat membacanya.
22. Terpengaruh dengan cerita-cerita yang bukan-bukan atau tidak dapat diterima
akal yang dikaitkan dengan Islam yang merubah wajah asal Islam yang dibawakan
oleh penceramah yang tidak matang serta kekontangan ilmu dan tidak rasional.
23. Sentiasa menjadi pengguna, bukan pengeluar.
24. Mengharapkan sedekah pahala atau air bacaan Yasin untuk mendirikan rumah baru
atau untuk menduduki peperiksaan.
25. Bersikap sentimen dan emosi dalam sesuatu perkara agama dan tidak menilai
perkara tersebut dari sudut ilmiah.
26. Pangkat dan jawatan dalam agama tidak digunakan sepenuhnya untuk umat Islam,
tetapi hanya mengikut telunjuk dan menjaga periuk nasi sendiri.
27. Berjuang bukan demi kebenaran, tetapi demi habuan, pangkat, kuasa dan sokongan
orang ramai.
28. Nas al-Quran dan as-Sunnah dibaca bukan untuk kepentingan umat Islam secara
keseluruhan, tetapi untuk kepentingan invididu serta kelompok dan kumpulan
dalam mencapai cita-cita.

Inilh realiti yang berlaku pada hari ini. Penulis menyeru kepada diri sendiri dan semua agar kita berjuang untuk menegakkan Islam dengan segala kemampuan yang ada. Marilah kita istiqamah dalam melakukan atau menyeru seruan tajdid, islah dan pembaharuan. Supaya umat Islam terutamanya kita sendiri di negara ini dapat melaksanakan Islam secara menyeluruh . Islam yang sebenar. Islam yang seperti mana Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Sahabat-sahabat, tabieen dan tabi’ tabieen dan di zaman kegemilangan tamadun Islam. Gerakanlah apa-apa sahaja yang kita mampu untuk melakukan pembaharuan, memperjuangan al-Quran dan as-Sunnah kepada semua agar segala apa yang kita usahakan mendapat keredhaan dan pahala di sisi Allah azza wajalla.

..:: IkUtiLah maNhAJ yAnG PeRtaMa ::..

Sesiapa yang di dalam darahnya mengalir rasa cinta kepada manhaj as-Salafus Shalih, maka ia tidak akan pernah melepaskannya untuk selamanya.

Seseorang yang mahu mempelajari dan memahami ilmu-ilmu al-Salaf al-Soleh (generasi pertama yang soleh), merasai ‘makanan’ dan minum dari ‘sumber’ mereka serta berteduh di bawah teduhan mereka, maka ia tidak akan ingin memilih jalan (manhaj) lain selain jalan mereka ini yang menarik dan menyenangkan bagi setiap orang yang melaluinya. Jalan mereka adalah jalan yang benar dan lurus, adapun jalan yang lain adalah jalan yang berliku-liku. Jalan mereka adalah jalan yang mudah adapun jalan yang lainnya adalah jalan yang sukar dan memenatkan.

Jalan mereka adalah jalan yang terang, tidak ada bahaya yang mengancam, mudah untuk dilalui, aman, selamat sampai di tujuan dan membawa kita ke akhir perjalanan yang baik, sehingga akhirnya kita dapat meraih kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Bagi setiap orang yang takut kepada Rabbnya, ingin memperbaiki diri dan ingin menjaga agamanya hendaklah mengikuti jalan mereka. Iaitu jalan yang telah digariskan oleh baginda Rasulullah S.A.W dan diikuti oleh para sahabat, tabi’in dan para Imam Islam, sama ada dalam hal akidah, ibadah, ilmu, akhlak, perilaku, dakwah mahupun jalan hidup.

Manhaj atau jalan al-Salaf al-Soleh adalah memahami Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w berdasarkan pemahaman para sahabat, mengamalkan kandungan Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w, menjauhkan yang lain, meninggalkan segala bentuk bid’ah, kesesatan dan segala bentuk mazhab yang tidak sesuai dengan manhaj yang lurus dan diridhai ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t mengumpulkan kita semua bersama golongan al-Salaf al-Soleh yang bersih tersebut, kerana golongan mereka adalah golongan yang selamat dan diberi pertolongan.

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka “ (QS 6:90)

Adapun golongan-golongan yang tersesat, lari dari yang hak dan mempunyai pandangan berdasarkan aliran yang sesat, maka golongan-golongan tersebut sama sekali tidak akan mampu menarik orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang ia menyaksikannya. Sesiapa yang di dalam darahnya mengalir rasa cinta kepada manhaj as-Salafush shalih, maka ia tidak akan pernah melepaskannya untuk selamanya.

Salam hormat kepada pimpinan tersebar dan Rasul yang paling mulia, baginda Rasulullah s.a.w, salam hormat juga kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, para sahabat, tabi’in, Al-Hasan Al-Bashri, Ibnu Sirin, Ibnu Al-Mubarak, Abu Hanifah, Malik, Syafi’I, Ahmad, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Ibu Abdul Wahab. Ya Allah, berilah kami kecintaan kepada mereka yang tulus hanya demi Engkau, kamu melakukan kecuaian dalam beramal, maka kumpulkanlah kami bersama mereka, kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Seseorang kelak akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya. (Muttafaqun ‘alaih)

Selasa, 17 Februari 2009

..:: IndAHNye MaLam PerTama ::..







" Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu...mempelai sangat dimanjakanMandipun...harus dimandikanSeluruh badan Kita terbuka....Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .Tak ada sedikitpun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkanKotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkanBahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu ituSetelah dimandikan.. ,Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putihKain itu ...jarang orang memakainya..Karena sangat terkenal bernama KafanWewangian ditaburkan kebaju Kita...Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkanTataplah.... tataplah. ..itulah wajah KitaKeranda pelaminan... langsung disiapkanPengantin bersanding sendirian...Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetanggaMenuju istana keabadian sebagai simbol asal usulKita diiringi langkah gontai seluruh keluargaSerta rasa haru para handai taulanGamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah zikirAkad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang tlah tiba duluanSiraman air mawar.. pengantar akhir kerinduanDan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupanMalam pertama yang indah atau meresahkan..Ditemani rayap-rayap dan cacing tanahDi kamar bertilamkan tanah..Dan ketika 7 langkah tlah pergi....Sang Malaikat lalu bertanya.Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....Maka ingatlah tentang janji Allah pada kitatatkala kita mengharunginya dialam barzakh kelak...Nikmat Kuburkah atau Siksa Kuburkah...? ? "

" ciNTa Yang terLaranG "

“Abang, kalau saya jadi bulan.Abang jadi apa?”Tanya seorang awek kepada kekasihnya dengan penuh mesra.

“Kalau macam tu, abang jadi ultraman sahajalah”Jawab si kekasih dengan penuh confident.

“Abang ni kenapa?Ultraman pula jadinya, sepatutnya purnama la”Rasa tidak puas hati si awek itu menimbulkan tanda tanya dalam hatinya.

“ultramankan ada bulan di dadanya, nanti sayang tak payah la susah-susah terbang ke angkasa, abangkan ada”Sambil senyum, sang kekasih itu tenang membalas pertanyaan aweknya.

“Ooo, gitu…Kalau saya jadi bunga.Abang pula jadi apa agaknya?”Bertanya lagi si cewek itu untuk mantapkan rasa tautan cinta mereka selama ini.

“Eerm…Kalau macam tu abang jadi tukang kebunnya la”Ujar si kekasihnya.

“Saya jadi bulan abang jadi ultraman.Pastu saya jadi bunga, kenapa pula jadi tukang kebunnya?Dah buang tebiat ke?”Berkeruk dahi si cewek itu, mencari jawapan disebalik kata-kata kekasihnya itu.

“Yela, kalau abang jadi lebah, hanya bisa hisap madu sahaja, nanti sayang sakit pula.Tapi kalau abang jadi tukang kebun, hari-hari abang siram dan bajakan sayang”Dapat idea last minute.

Sebaik sahaja penulis usai membuka kasut bola selepas bermain sepenuh masa pagi semalam bersama teman-teman dari Indonesia, tiba-tiba bahu penulis telah disapa dari belakang oleh seorang teman dari Bandung.Beliau cuba mengajak penulis untuk berdiskusi tentang tarikh tanggal 14hb Febuari, yang menjadi trend muda-mudi menyambut bagaikan berpesta sepanjang hari setiap tahun.Kami berbincang sambil santai, rehatkan diri selepas penat bermandi peluh di atas padang.Mula-mula agak malu untuk bincangkan kerana teman ini, akan tamatkan Masternya tahun ini, semestinya ilmu di gedung simpanannya, lebih baik berbanding penulis.Namun atas dasar ilmu penulis cuba gagahkan untuk berkongsi ilmu yang ada untuk kepentingan umat sejagat.Penulis menyusun kata-kata dalam keadaan tenang nyawa-nyawa bagaikan tersesak menahan kepenatan tadi, dengan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi, teman membuka bicara dengan persoalan awal ditanya berkenaan isu ‘couple’ semasa alam pertunangan, boleh ke? (semoga ulasan pendek penulis ini dapat memberi erti dalam sama-sama mencari kasih yang tersimpan)

Alam Pertunangan Yang DisalahErtikan

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya.Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama.Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.


Pendirian penulis berkenaan dengan ‘no couple’ sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri.Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran.Mabuknya melampau-lampau.Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.


Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kawin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik.Macam mana tu?Ye la, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya.Selepas kawin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.


Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk
dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik.Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala eropah.Couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibubapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.Itu belum cerita tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa?Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.


“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kawin la.Lu sibuk kenapa bek?” Biasa dengar kan ayat ni?


Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertundung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka.Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’,
miscall qiamullail, kemudian tidur di sambung kembali antara skrip murahan harian mereka.


Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat.Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Ta’ala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah, sayang Rasul saw, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.


‘Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu’, antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan.Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang ‘kenal sampai ke dalam kain’ sebelum diijab kabul.


Pastinya kenyatan ini dijawab kembali ;

“alah itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu”. Penulis menggelengkan kepala…


Persoalan cinta sebelum kawin ini merupakan tajuk yang panjang.Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.Macam mana?Anda sebenarnya sudah tahu, tak perlu sebenarnya kepada penjelasan.


Allah Taala berfirman;“Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”el Furqan (25:74)


Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia.Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan darah daging mereka.Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal dek kerana pertukaran nota bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin ‘cinta monyet’.Samada cinta monyet ataupun tidak, terpulang kepada individu untuk menilai.


Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda.Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah benteng ampuh dalam mengawal kerenah cinta anda yang bergelora.Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kawin.Mengapa perlu mencari marah Allah semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.


Mengenal dan Mencari Pasangan Ideal

Kita semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman.Ada yang menyenaraikan kriteria yang panjang lagi detail untuk dipenuhi oleh bakal teman hidup. Daripada tinggi dan rendah kepada hidung mancung, warna kulit, cara berjalan, air suara, kening lentik, wajah pan asia atau ala-ala eropah, semuanya disenaraikan.Itupun belum memadai apabila negeri tempat tinggal, latar belakang keluarga, tahap pendidikan, hobi, kemahiran dan segala jenis kriteria yang merimaskan untuk dipenuhi.

Ada juga yang mensyaratkan perkenalan yang panjang untuk mengenal hati budi bakal pasangan, hinggakan meleret-meleret hubungan berubah menjadi maksiat.Kita sedari bahawa sifat pasangan yang dianjuran Islam merupakan satu thaqafah yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri yang solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia yang disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata.Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah.Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi.Itu hakikatnya nafsu lelaki.

Manakala wanita lebih melihat kepada faktor rupa, material, kerjaya dan kemampuan seorang lelaki melindungnya dalam apa jua keadaan.Lelaki yang penyayang,
caring sangat digilai wanita.Di sinilah solehnya seorang lelaki seolah-olah menewaskan romeo, pandai berlakon tika cinta mula berputik.

Allah Taala berfirman;“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"an Nahl (16:72)


idealisme dalam pemilihan pasangan bukanlah satu halangan bersifat total.Tidak salah untuk mengharapkan calon yang lengkap serba serbi, tetapi dalam mencari dan membuat pilihan kita hendaklah lebih realistik Terlalu mengharapkan ciri-ciri kehendak hati dipenuhi oleh bakal isteri atau suami akan menyukarkan untuk mendapatkan calon yang sesuai.

Sebelum membuat pilihan senaraikanlah sifat-sifat calon pilihan anda mengikut keutamaan, bermula daripada yang lebih penting kepada yang kurang.Anda mungkin terpaksa mengorbankan beberapa ciri-ciri tertentu yang kurang penting apabila membuat pilihan, kerana bukan semua manusia sempurna.

Contohnya anda mahukan pasangan yang senegeri, putih kulitnya, peramah, ada sarjana muda dalam pengajian, 160cm tinggi dan sebagainya.Anda mungkin akan temui calon yang berkulit putih, senegeri, dan peramah tapi mungkin tingginya tidak seperti yang dihajatkan di samping kelulusan yang tidak seberapa.Tidak mustahil anda menjumpai calon yang hampir menepati kehendak hati, tetapi sememangnya sukar untuk mendapatkan calon yang seratus peratus sempurna.

Terkadang kita selayaknya berlaku adil dalam menilai seseorang.Perlu kita muhasabah kelebihan dan kekurangan diri sebelum menilai bakal pasangan yang diharapakan sempurna seraba serbi.Kalau inginkan isteri sehebat Fatimah az Zahra’ ra pastikan anda sebabat Ali k.w.a.

Buat lelaki; solehkan dirimu nescaya akan datang wanita solehah untukmu.

Untuk wanita; solehahkan dirimu, lelaki soleh pasti menjadi milikmu.

Hajat kita untuk melihat pembinaan masyarakat yang cemerlang hasil daripada tangan yang menghayun buaian juga tangan yang mengalas senjata.Kerosakkan remaja hari ini berpunca dariapada kegagalan ibubapa dalam mendidik jiwa generasi sesuai dengan tuntutan agama dan zaman, tanpa kita nafikan sebab dan punca lain yang pelbagai.

Justeru lengkapkan diri dengan segenap aspek perlu sebagai muslim yang cemerlang, bakal ibu dan bapa yang hebat kerana Imam el Ghazali telah berpesan kepada kita bahawa ;

“Pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak”.Jelasnya, persiapan kita kena hebat lagi mantap, agar anak generasi mendatang semakin hebat.

Bak senikata lagu Wahdana, oleh Adik Wafiq Azizah:

“putaran hidup manusia bagaikan malam yang indah bertemankan bulan purnama”

Kehidupan yang berkekalan hingga kepenghujungnya disaluti keimanan yang menebal, semestinya menjanjikan sebuah kehidupan yang bahagia di suatu tempat yang kekal abadi, iaitu di syurga.

SABarLAH WAHai KEKasih HATIku SAat ITu AKan MENJelma JUa