Sabtu, 18 Julai 2009

...::: BicARa HatI :::...

Persoalan cinta adalah persoalan umum yang tidak pernah terlepas dari mana2 manusia.
bicara yang panjang atau bicara yang ringkas,seringkali gagal untuk menghuraikan makna 'cinta' secara jelas dan tepat.hakikatnya ..ia hanya dapat benar2 difahami dan dirasai oleh individu yang mengalami sahaja.

bagi yang menikmati cinta dalam bentuk dan ertikata yang sebenar,Alhamdulillah.cintanya adalah cintaNya.bukan mudah untuk melestari cinta seperti itu.namun alangkah malangnya bagi mereka yang pernah ataupun sedang mengecapi cinta yang tersasar dari pengertiannya yang sebenar.

cinta dan nafsu berbeza

itu hakikat yang paling penting dan utama untuk difahami.kerana fitrahnya manusia itu dikurniakan dengan nafsu sedemikian rupa.maka bagi mereka yang men'dewa'kan nafsu,sangat mudah untuk mengaitkan cintanya dengan nafsu.apabila nafsunya tertarik dan 'jatuh hati' dengan seseorang,maka dia segera akan mengatakan bahawa dia mencitai wanita tersebut.

tanda2nya

dia suka mengungkapkan kata2 cinta yang berlebihan dan melampau,serta menjurus ke arah mendewakan 'jasadiah' kekasihnya itu.
dia mudah mengungkapkan kata2 memuji2 segenap kecantikan rupa sang kekasih,yang sudahpun menarik minat nafsunya.orang2 seperti ini mudah sekali tertarik dan 'jatuh cinta' kepada wanita2 yang ada rupa.yang cantik.body lawa.bergetah dan lain2.
antara lainnya,dia meletakkan kecintaan dan minat yang tinggi terhadap kelebihan dan keistimewaan yang ada pada wanita tersebut,terutamanya mengenai harta dan kedudukan si wanita-dengan niat bahawa semua itu akan menjadi miliknya suatu masa nanti.tambahan lagi seandainya wanita tersebut anak tunggal dari keluarga berada,pastinya keghairahannya untuk memiliki dan 'mencintai' wanita tersebut semakin memuncak.

selain itu 'pencinta' spesis ini akan lebih cenderung untuk merahsiakan hubungan dan 'kehadirannya' daripada diketahui pihak keluarga si wanita-dengan alasan belum sampai masa.sedangkan setiap hari dan setiap minggu dia mendampingi sang gadis ke sana sini..sehingga melanggar batas2 yang sepatutnya dijaga.dan kes sebegini adalah paling banyak berlaku.
selain tanda2 di atas,banyak lagi tanda2 yang boleh menentukan bahawa cinta yang diberikan sebenarnya palsu dan bersalutkan nafsu semata2.

tanda cinta yang hakiki.

sesiapa pun bilamana mentafsirkan erti cinta dan melorongkan makna tersebut kepada ertikata yang sebenar,pastinya akan menyandarkan cinta tersebut kepada Ilahi.itu syarat utama.
segenap buku2 motivasi kekeluargaan dan mengenai cinta sudah saya baca.dari karya "tentang cinta" oleh Pahrol Md Juoi,"ayat2 cinta" oleh Habiburrahman,sehinggalah "aku terima nikahnya" karya Ustaz Hasrizal Jamil-semuanya membawa kepada pengertian cinta dalam konteks yang sebenar.yang hakiki.iaitu cinta tidak boleh dipisahkan dengan CINTA.

memiliki perasaan terhadap seseorang bukanlah suatu kesalahan.bahkan perasaan itu adalah dianugerahkan oleh Tuan Punya Hati.cinta datang tanpa dipinta.ia datang bukan untuk ditangisi..tetapi datang untuk dihargai.oleh itu,apabila kita menyedari bahawa perasaan sedemikian sudah bertapak dihati kita,maka uruskanlah dengan baik.raikanlah dengan bijak.jangan dipendam sehingga menyeksa jiwa.jangan pula terlebih meluahkan sehingga terlebih mengada2.

yang penting,apabila didatangi perasaan sedemikian,ucapkanlah syukur kepada Yang Esa.salurkanlah secara bijaksana.dn dalam masa yang sama banyakkanlah berdoa dan meminta kepadanya,supaya Fitrah tidak menjadi Fitnah.itu paling penting.

kita sendiri sedar bahawa 'perasaan' sedemikian adalah milikNya jua.kalau tidak,masakan jodoh itu terletak di tanganNya?ramai sekali pasangan yang bernikah-dalam keadaan bukan suka sama suka-namun setelah sekian lama hidup bersama,kehidupan mereka sangat bahagia..bahkan semakin mencintai antara satu sama lain.ada juga yang dari awalnya sudah suka sama suka,kemudiannya menyalurkannya ke jalan yang halal-dan akhirnya hidup semakin bahagia serta saling cinta menyintai.

itulah buktinya cinta di tangan Yang Esa.dicampakkannya pada masa dan ketika yang hanya DIA shj yang mengetahui.ada yang diberikan 'rasa' tersebut lebih awal pada usia yang lebih muda.ada juga yang direzekikan 'rasa' tersebut setelah meningkat dewasa.persoalannya cuma awal dan lambatnya sahaja.

erti cinta pada memberi

antara tanda kita sudah jatuh cinta kepada seseorang adalah kita sanggup untuk berkorban apa sahaja kerananya.sanggup memberikan apa sahaja yang dihajatinya.sanggup melindunginya setiap masa dan ketika.itulah lumrahnya manusia bila benar2 'jatuh cinta' sesama manusia.

seseorang yang dari awalnya menghendaki sesuatu pulangan dari 'cinta'nya sebenarnya belum layak dikatakan jatuh cinta.seperti saya nyatakan ;
seseorang yang mencintai sseorang wanita kerana si wanita tersebut cantik,dan nanti dia akan dapat berbangga2 dengan kecantikan si isterinya di hadapan kawan2-sebenarnya dia tidak berada dalam ertikata cinta yg sebenar.
seseorang yang mencintai seseorang kerana hartanya banyak,ataupun si wanita adalah pewaris tunggal harta peninggalan keluarga-yang pastinya bakal menjadi miliknya-sebenarnya juga berada dalam ertikata cinta yang menyimpang.
seseorang yang sering menghendaki isterinya begitu dan begini-tidak dapat menerima isterinya seadanya-juga tersasar dalam memahami makna cinta.seringkali terjadi,lelaki 'mensyaratkan' pelbagai syarat kepada bakal kekasihnya-padahal dia mengaku mencintai wanita tesebut.

"isteri aku mestilah seorang yang up to date".."bakal isteri aku mestilah pandai memasak,terror menjahit,pandai menguruskan kewangan dan bla..bla..bla..".."you kenalah ubah style jadi macam ni..you kena jadi macam ni..ubah macam ni..macam ni.."
semua dialog di atas adalah berpunca dari pemberian cinta yang tidak ikhlas.jua tidak tepat.orang yang mengaku mencintai sebenarnya hipokrit dengan cintanya sendiri.

tidak salah menghajati sesuatu yang baik pada diri kekasih sendiri,tetapi biarlah berpada2.jangan sampai menampakkan kedengkelan kita dalam 'memberi' cinta.

seseorang yang benar2 jatuh cinta kepada kekasihnya,pasti dapat menerima dia seadanya.kalaupun diletakkan prasyarat dalam memilih pasangan,ia tidak lebih dari sekadar menilai akhlak dan agamanya sahaja.
seseorang yang taat beragama-akhlaknya terjaga-sudah cukup untuk menenangkan jiwa kita.walaupun dilihat sebagai tidak up to date dn sebagainya.mereka yang memiliki akhlak yang tinggi serta agama yang baik-tidak perlu dipertikai tentang peranannya untuk bergelar isteri yang baik kepada seorang suami.isteri yang dididik dengan ilmu yang sebati dalam dirinya,akan menjadi teman yang paling baik kepada seorang suami.
kerana itu Nabi bersabda "Barangsiapa dikurniakan Allah dengan rezeki berupa isteri yg solehah,maka ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya.hendaklah ia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang lain itu"

alangkah indahnya jatuh cinta sebegini.menerimanya semata2 kerana Allah.mengahwininya bukan semata2 hendak melunaskan nafsu shahwat.menikahinya bukan untuk mendapatkan apa2 kepentingan peribadi.bahkan hanya semata2 mendapat redhanya Allah.

andai cinta kerana hendak melunaskan nafsu seks semata2,maka apabila keinginan tersebut terlunas..kemana akan hilangnya cinta?
andai cinta kerana rupa dan kecantikan..pabila ditimpa bencana dan kecacatan,ataupun luntur kecantikan trsebut..maka kemana terbangnya cinta?
andai cinta kerana hartanya..maka apabila ditimpa papa kedana..ke mana bakal perginya cinta?

"Ya Allah..aku menikahinya semata2 kerana inginkan redhaMu.semata2 takutkan murkaMu.aku mengahwininya untuk mengelakkan diriku dan dirinya jatuh kepada perkara2 yang haram , kerana aku sedar ia adalah mengundang kemurkaanMu.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan