Ahad, 27 Februari 2011

.:: Hadis Rasulullah S.A.W tentang akhir zaman (hampir kiamat) ::.



kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada,

.:: REVOLUSI KEBANGKITAN ISLAM DI AKHIR ZAMANN ::.

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? ” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.H.R. Hakim

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan





kebangkitan kaum hawa memang bergitu semangat...revolusi kebangkitan rakyat yaman di nanti-nantikan seluruh dunia..ayuh!!! wahai kaum hawa..kamu salah salah satu sayap membawa arus perubahan di negara yemen....!!!






Daripada Muazd Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”. H.R. At Thabrani dan Abu Nuaim

Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi di masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.

NASIHAT AGAMA DALAM BAB JIHAD :

Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan, sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pengecut/penakut.

Janganlah anda keluar untuk berjihad melainkan mendapat izin dan restu daripada kedua ibu dan bapa anda.

Ambillah tempat orang Islam yang diserang musuh dalam peperangan antara Islam dan Kafir jika anda mampu.

Perbanyakkan dari beramal dengan amal-amal yang soleh seperti zikir, puasa sunat dan lain-lain ketika anda menyertai operasi jihad, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu, kerana mati syahid tidak akan tercapai sekiranya anda berhutang.

Mohonlah mati syahid dalam jihad pada jalan Allah.

Pelajarilah ilmu memanah serta penggunaan alat-alat peperangan, janganlah anda meninggalkan ilmu tersebut setelah anda mempelajarinya.

Janganlah anda mencuba untuk memanah pada benda yang bernyawa kecuali pada musuh di medan peperangan.

Ikhlaskanlah niat anda dalam jihad, elakkan daripada berniat untuk mendapatkan harta rampasan atau mahukan kemasyhuran debgan gelaran tersebut.

Bila anda berada dalam medan jihad, janganlah anda lari daripadanya kerana ia termasuk salah satu daripada dosa besar.

Janganlah ambil sebahagian dari harta rampasan sebelum dibahagikan.

Pasangkan niat untuk sentiasa berada dalam jihad walaupun anda tidak atau belum menyertainya agar tidak terdapat dalam diri anda sifat nifaq.

apabila pemerintahan yang berkuasa itu lalai kepada suruhan ALLAH..maka berlaku lah gejala rasuah , mengumpulkan harta kekayaan untuk peribadi , zalim terhadap rakyat negara masing2..gelaja sosial sangat meruncingkan sehingga parah untuk di bendung.. oleh itu kita sebagai rakyat yang berdemokrasi kita sama2 lah mengubah perintahan yg zalim kepada perintahan yang adil tidak kira agama dan bangsa kerana ia dituntut oleh ALLAH S.W.T ....



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. WALLAHUA'LAM

Sabtu, 26 Februari 2011

.:: selamat menyambut hari kelahiran wahai ibuku ::.

ibu engkau lah inspirasi bagi ku ibu.
ibu aku sayang sama ibu.
ibu enkau lah yg telah melahirkan ku.
kau lah yg telah mengurus ku ibu.
ibu aku sayang sama ibu.
ibu ampunilah bila aku bersalahibu.
ibu sesungguhnya syurga yg Allah janji itu dibawah tapak kaki mu.
ibu ibu ibu aku sayang sama ibu.
ibu aku sa yang sama ibu.
ibu jika aku punya dosa sama kamu ampunilah dosa ku ibu.
aku cinta sama ibu.
cinta ku sama ibu besar sekali.
ibu aku sayang sama ibu.
ibu aku cinta sama ibu lebih dari yg papu ibu.
ibu ibu ibu maaf kan kesalahan ku ibu, dosa ku ampunilah ibu.
ibu engkau lah yg telah mengurus ku dari kecil hingga dewasa.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Ya Allah,Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah sehatkanlah tubuh badan kedua ibu bapaku dan permudahkanlah urusan mereka didunia dan akhirat

Ya Allah,Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

اللهم اغفرلي نوبي ولوادي ورحمهما كما ربياني صغيرا ...
" YA ALLAH YA TUHANKU amPunilah dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah kedua ibubapaku seperti mana dia menyayangiku sewaktu aku kecil dulu " ameen

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

selamat menyambut hari kelahiran buatmu ibu..doakan kejayaan anak mu dibumi yemen ini..

Jumaat, 25 Februari 2011

.:: kebangkitan orang yaman terhadap pemimpin yang zalim ::.

Hadis riwayat Abu Masud ra., ia berkata:
Nabi saw. pernah memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana, sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras di dekat pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk setan, yaitu pada golongan Rabiah dan Bani Mudhar. [HR Muslim]
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Yaman datang. Mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman, fikih ada pada orang Yaman dan Hikmah ada pada orang Yaman. [HR Muslim]






NABI MUHAMMAD S.A.W. telah bersabda beribu-ribu tahun yang lalu tentang yaman.. terbukti apa yang RASULULLAH S.A.W bersabda tentang pasal orang yaman..ini tanda-tanda akhir zaman berlaku pada zaman sekarang..

1) khemah-khemah menunjukkan bertapa semangatnya orang yaman berkampung di MEDAN DAIRY untuk menunjukkan protes terhadap rejim yg zalim..

2) beribu-ribu orang yaman bangkit pada hari ini..sepanjang jalan 5kilometer dipenuhi dengan2 orang yaman..

3) pada minggu permulaan demontrasi masyarakat di yaman hanya bangkit dalam anggaran 3000 orang sahaja tetapi dgn kekuasaan ALLAH apabila seorang yg mati syahid akibat terkene tembakkan dari polis pakaian pereman bangkit lah masyarakat yaman dengan angka 200.000 orang..subhanallah..

4) mereka berkampung disana 24jam tanpa berganjak demi menuntut keadailan untuk masyarakat di yemen..






1) semangat kanak yaman menjerit dgn slogan " berambus!!! berambus!!! berambus!!! wahai ali!!! " sambil mengibarkan bendera yemen..

2)semangat tinggi anak2 muda yemen tidak kira walaupon kepanasan akibat terpancar matahari mereka semua tidak berganjak walapon selangkah

3) ayah membawa anaknya untuk menyertai demontrasi..bergitu semangat semoga anak2 kita dapat suntikan semangat untuk berjihad kejalan ALLAH..

4) begitulah keadaan kanak2 diyemen..kerana kadar kemiskinan begitu banyak..di usia kanak2 sudah tidak mengikuti alam persekolahan..






semangat mereka tidak boleh diluntur dengan ugutan2 dari pihak berkuasa..2orang kanak yaman berucap dengan penuh bersemangat dihadapan lautan manusia tidak terasa gentar malah lebih bersamangat menyampaikan pidato mereka itu..






antara khemah yg didirikan oleh pro pembangkan semata2 untuk berkampung sehingga tumbangnya rejim ALI ABDULLLAH SOLEH...



apabila seorang yang mati syahid pada minggu pertama muzhoharah di yemen dan berpuluh-puluh ribu rakyat yaman bangkit kerana hendak mati syahid di jalan ALLAH dengan berkorban segala jiwa raga dan mewakafkan diri untuk islam...

.:: Kebangkitan mahasiswa dan orang muda di yemen ::.


kebangkitan mahasiswa university of sana'a yemen..


selogan mahasiswa yemen " keluar!! keluar!! keluar!! wahai ali dari bumi yemen...kami mahu menukar kerajaan yang zalim , rasuah n kumpul harta kekayaan bkn untuk rakyat..!!!"




( sebak melihat mereka bersolat tanpa alas tempat sujudnya dengan sejadah .. semata2 bermunajat kepada ALLAH .. supaya ALLAH MENUMBANGKAN PEMIMPIN YANG ZALIM )




( ASKAR-ASKAR ANTI RUSUHAN BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN..SUPAYA ORANG YANG MENYERTAI DEMONTASI TIDAK CEDERA DEMI MENJAGA KEAMANAN DAN KESELAMATAN UNTUK MENYUARAKAN KETIDAK PUASHATI TERHADAP KEPIMPINAN YANG ZALIM )jauh berbeza yemen dengan malaysia..






( walaupon keadaan malam mereka sanggup berkampung di MEDAN DAIRY, SANA'A untuk memastikan tuntutan rakyat yemen ditunaikan dan menjatuhkan rejim yg zalim dan rasuah berluas-luasa..)

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Iraq dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka..ameen..ameeen..ameenn

.:: Kemenangan Islam di Syam, Iraq, dan Yaman ::.


( KEBANGKITAN ANAK MUDA DI YEMEN..APABILA MELIHAT MEREKA BERSOLAT ATAS JALAN RAYA TANPA ALAS SEJADAH PON..MENITIS AIR MATA TENGOK ORANG YEMEN BERANI MEMBUAT PERUBAHAN UTK ISLAM )

Agama Islam akan di jaga oleh pemiliknya Allah S.A.W, sampai akhir zaman. Tak perlu dikawatirkan. Sekalipun orang-orang kafir berusaha menghapus agama Allah ini. Tapi, tak pernah mereka berhasil mewujudkannya. Karena, Islam adalah agama fitrah yang sudah menjadi bagian hidup manusia. Keruntuhan manusia yang tidak menerima agama Allah ini, menggambarkan bukti dari apa yang berlaku di akhir zaman. Dan, Islam terus berkembang di seluruh penjuru alam, dan manusia berbondong-bondong masuk agama Allah itu.

Ketika awal dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W di jazirah Arab, banyak yang menolak ajakannya, dan tidak sedikit yang terang-terangan menentangnya. Bahkan, diantara mereka ada yang memerangi Rasulullah. Tapi, da’wah yang disampaikan oleh Rasulullah shallahu alaihi wa salam terus berjalan, tak pernah berhenti, karena tindakan orang-orang kafir yang menentangnya. Maka, satu demi satu wilayah yang jauh dari Madinah, kemudian menerima da’wah Rasulullah, dan mereka masuk Islam. Sampai seluruh semenanjung Arab ‘bertaslim’ masuk ke dalam agama Allah. Inilah da’wah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Sampai suatu ketika, Al-Irbad bin Sariyah meriwayatkan dari Nabi S.A.W, bahwa beliau berkhutbah dihadapan kaum muslimin, “Wahai manusia. Tak lama lagi, kalian akan menjadi tentara di kirim ke pelbagai wilayah,yaitu tentara yang berjuang di Syam, tentara yang berjuang di Iraq, dan tentara yang berjuang di Yaman”. Kaum muslimin menyambutnya dengan penuh suka cita. Mereka akan menjadi para pembebas, yang membebaskan wilayah-wilayah yang luas, dan nantinya menjadi bagian wilayah Islam, yang sudah dibebaskan.

Mendengar khutbah Rasulullah S.A.W, Ibnu Hawalah berkata : “Ya Rasulullah, jika akau sampai pada masa itu, pilihkan untukku, ke kelompok tentara yang berangkat ke mana sebaiknya aku ikut?”. Selanjutnya, Nabi Shallahu alaihi wa salam, bersabda : ”Aku memilihkan Syam untukmu, karena Syam adalah pilihan kaum muslimin dan negeri pilihan Allah. Dia mengumpulkan di sana makhluk-Nya yang terpilih. JIka enggan ke sana, hendaknya pergi ke Yaman. Dan, diberi minum dengan gidirnya. Karena hal itu juga mencukupi (setara)bagiku, dari Syam dan penduduknya”. (HR.Ath-Thabrani dan al-Bazzaar). Kala itu, yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah shallahu alaihi wa salam, negeri Syam, tak lain adalah wilayah Palestina, dan sekitarnya, yang sekarang termasuk Syria, Palestina, Lebanon, Yordania. Betapa, Rasulullah shallahu alaihi wa salam, menjajikan tempat yang mulia untuk berjuang membela agama-Nya, di tanah yang merupakan pilihan dalam menegakkan jihad.

Rasulullah S.A.W menyinggung mengenai masa depan Islam dan kaum muslimin, yaitu Islam akan menyebar luas ke setiap penjuru bumi, bahwa ‘futuhat’ Islam akan berderap susul menyusul dan mengetuk pintu Syam, Iraq, dan Yaman. Kelak, yang diprediksikan oleh Rasulullah Shallahu alaihi wa salam itu, terbukti. Dan, wilayah-wilayah yang luas itu, mulai dari Syam (Palestina) sampai ke Iraq, dan Yaman, semuanya menerima Islam. Tidak ada lagi wilayah yang tidak tersentuh oleh Islam, dan da’wah Rasulullah S.A.W.
Allah Ta’ala berfirman : “ Dan, tiadalah yang diucapkannya yaitu (al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (al-Qur’an : An-Najm :3-4).

Semua itu tidak terwujud kecuali, karena perjuangan yang sangat gigih para pejuang Islam, yang denggan ikhlas menjual diri dan harta mereka demi Allah untuk menyebarkan agama-Nya, dan meneguhkan pilar-pilarnya. Kemenangan-kemenangan Islam yang terus berlangsung di seluruh wilayah jazirah Arab, sampai ke wilayah biladul Syam, tak mungkin dapat terjadi, kecuali mereka telah menceraikan dunia sebagai pemilik tujuan yang tinggi, yaitu menjdi para mujahidin di jalan Allah, agar mereka meraih salah dari sua hal yang terbaik, yaitu kemenangan atau mati syahid. Sehingga, mereka menjadi penghuni surge. Surga dibawah naungan pedang. Mereka yang telah menceraikan kenikmatan dunia, dan berjihad di jalan Allah, membela agama-Nya, dan meninggalkan segala pengaruh dunia, yang sangat tidak berarti bagi orang-orang mukmin, yang mendambakan kemuliaan kehidupan di akhirat.

Kemenangan-kemenangan dan penaklukan diraih oleh kaum muslimin, hingga akhirnya cinta dunia menguasai hati banyak kaum muslimin. Kemudian, mereka sudah tersungkur dalam pelukan kenikmattan dunia, menjadi hina, dan tidak ditakuti lagi oleh musuh-musuh Islam, atau orang-orang kafir. Cinta dunia yang menjadi tujuah hidup mereka itu, menjadikan kaum muslimin lalai dari Allah dan jihad di jalan-Nya, dan akhirnya keadaan menjadi sangatlah menyedihkan. Seperti kondisi hari ini yang dialami kaum muslimin, yang menjadi hina dina, serta bercerai-berai dikalahkan oleh musuh-musuhnya, karena mereka telah meninggalkan jihad.


( presiden yemen ALI ABDULLAH SOLEH PEMMPIN YG ZALIM DAN PEMERINTAHAN KUKU BESI PADA ZAMAN SEKARANG )

Peristiwa yang menyedihkan ini, akibat dari kebanyakan negeri Islam yang dahulu bendera Islam berkibar di sana, dan dari menara-menara masjidnya dikumandangkan azan, sekarang ini tidak ada lagi hubungannya dengan Islam, dan kaum muslimin. Seperti negeri-negeri Islam, yang ada sekarang ini, di kawasan Timur Tengah, yang para pemimpinnya, terutama para Raja, Presiden, dan Sultan, sudah terbalut dengan kemewahan dunia, dan tidak lagi memikirkan Islam, dan jihad melawan musuh-musuh Islam, yang sekarang terang-terangan menghancurkan Islam. Semua ini tidak terjadi kecuali karena cinta dunia.

Dalam sebuah hadist yang disabdakan Rasulullah : “Bukan kemiskinan yang aku kawatirkan atas kalian. Yang aku khawatirkan adalah kalau dunia dilimpahkan kepada kalian, sebagaimana dilimpahkan kepada orang-orang yang sebelum kalian, lalau kalian bersaing memperebutkannya, sebagaimana mereka dahulu memperebutkannya, dan akhirnya dunia itu membuat kalian hancur, sebagaimana telah membuat mreka hancur”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Kaum muslimin tak pernah mendapatkan kemuliaan dan kejayaan, selama mereka mencintai dunia, dan mereka akan hina dibawah telapak kaki kenikmatan dunia. Wallahu ‘alam.