Sabtu, 17 Julai 2010

..:: Linangan airmataku ::..



Bila mengingati insan sepertinya
Insan yang tak pernah ku bersua muka
Insan yang tak pernah ku gelak tawa
Namun tetap sentiasa di jiwa
untuk selama-lamanya

Linangan airmata buatnya
Bukan kerana sedih
Bukan kerana duka
Bukan kerana hiba
Bahkan kerana cinta
Cinta yang membara
pada insan yang bergelar hamba
yang sentiasa melutut pada yang Maha Esa

Ku cintakannya bukan kerana batang tubuhnya
Bukan kerana pangkatnya
Bukan kerana ketampanannya
Bukan kerana hartanya
Namun...demi Allah
akhlaknya yang terpuji lagi tinggi
menyentuh hati tersemat di sanubari

Ku kenalinya insan pejuang
Belum pun cecah usia belasan
Insan sederhana dihiasi senyuman
Lembut tetapi tegas
dalam menegakkan kalimah Tuhan
menyambung perjuangan Nabi akhir zaman

Wasiat dan nasihatnya tetap kan ku pahat
Tazkirah serta khutbah pasti kan ku ingat
Sebagai modal untukku bergiat
mengharungi dunia yang penuh maksiat
cabaran, dugaan dan cubaan
yang tak henti-henti datang melayang

Oh Tuhan...Ku harapkan padaMu
akan ada insan di masa kan datang
Yang mampu merempuh dunia fana
Yang sanggup merentasi lautan bergelora
Yang berupaya merealisasi Islam hendaknya
Yang mungkin menjadikan aku
berlinangan airmata untuk musim kedua

Oh Tuhan...Doaku padamu
Kurniakan aku hidup yang berkat
Hidup yang penuh dengan rahmat
Moga-moga kan ku dapat
bersatu, berjiran bersamanya di akhirat

Isnin, 24 Mei 2010

..:: 15 tanda-tanda mati dlm keimanan ::..




tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

Ahad, 11 April 2010

..:: Tujuh Perkara Tanda-Tanda Takut Kepada Allah ::..


MENURUT Abul-Laits tanda-tanda takut kepada Allah dapat dilihat dalam tujuh perkara;

Pertama, pada lisannya. Seseseorang itu yang menghindarkan daripada dusta, ghaibah, menyibar fitnah, berbual-bual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al Quran dan muzakarah ilmu. Dalam hal ini tentulah berzikir dengan nawaitu tidak betul, misalnya hendak menunjuk-nunjuk kealiman dan untuk dilihat sebagai orang yang senantiasa mengingati Allah.

Membaca al-Quran pula bukan untuk menghayati hukum-hukum dan perintah Allah tetapi untuk menunjuk kelunakan suara dan kebolehan melagukan ayat-ayat Quran dengan berbagai lagu dan irama. Manakala bermuzakarah tentang ilmu bukan mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang timbul tetapi menegakkan hujah dan ego masing-masing.

Kedua, pada hatinya. Seseorang itu membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Perlunya membuang kedengkian kerana dapat menghapuskan kebaikan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda; "Hasad dapat memakan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu." Penyakit hasad adalah amat merbahaya. Tidak ada ubat untuk mengatasi penyakit ini selain ilmu dan amal.

Ketiga, pada pandangan. Seseorang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpesona dengan dunia. Sebaliknya dia memanang dengan mengambil iktibar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Barang siapa memenuhi matanya dengan benda haram, maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat."

Keempat, pada perutnya. Perut seseorang itu tidak diisi dengan barang dan wang haram, hasil curi, rompak, rasuah dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesuap makanan haram masuk ke perut, seluruh Malaikat di langit dan di bumi akan melaknati selama barangan itu berada di dalam perutnya. Jika mati di dalam keadaan demikian maka dia akan di tempatkan ke Neraka."

Kelima, pada kedua tangannya. Seseorang yang tidak menggunakan kedua tangannya untuk melakukan sesuatu yang haram melainkan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar dia berkata; "Sesungguhnya Allah telah membina bangunan dari zamrud hijau. Di dalam terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak dapat masuk ke kawasan itu selain orang ditawarkan barang haram, namun dia menolak kerana takut kepada Allah."

Keenam, pada langkah kakinya. Seseorang itu tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke tempat maksiat. Tetapi melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

Ketujuh, terlihat kepada ketaatnya. Seseorang itu menjadikan ketaatannya semata-mata mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak dan munafik.

Sesiapa yang melakukan tujuh perkara itu dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah; "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." - Al Hijr: 45.

Wassalam.

..:: Jangan jadi seperti bangkai pada waktu malam ::..


BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له


“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.

Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.

KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?

BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.

PASANGAN YANG BERTHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين


“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.

SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:

إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن


“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”

TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه


“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى


“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.

Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.

MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalim tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.

“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”

Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.

Rabu, 31 Mac 2010




Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.

Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,

“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui(an-Nur: 32).

“al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Ahad, 28 Mac 2010

ASSALAMUALAIKOM....
KEPADA SAHABATKU SEKALIAN..UNTUK MEMAKLUMKAN BAHAWA SAYA SUDAH MEMADAM AKAUN FACEBOOK..KERANA TIDAK SANGGUP UNTUK MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH YG BEGITU BANYAK DGN FITNAH-FITNAH DUNIA N TIDAK SANGGUP UNTUK MENGHILANG SESEORANG ANG TERSAYANG DARI HIDUPKU..MAAFKAN KAN AKU..MUNGKIN INI YANG TERBAIK UTK DIRIKU DAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN...

MAAFKAN DAKU WAHAI TEMANKU YANG TERSAYANG..
MAAFKAN DAKU WAHAI ORANG TERSAYANG AKU BUAT INI BUKAN KERANA MENGIKUT NAFSU BAHKAN IA AKAN MENJADI YANG TERBAIK UTK DIRI KITA SEKALIAN..

Jumaat, 19 Mac 2010

.:: Imam Ali bin Abi Thalib (sa) Orang Kaya yang Zuhud ;;..

Mungkin orang yang mendengar zuhudnya Imam Ali (sa) berpikiran bahwa beliau adalah seorang pengangguran, penyendiri, miskin, dan berpakaian kotor. Kezuhudannya dikarenakan kemiksinannya itu. Dengan kata lain, mereka berpikiran bahwa ia melepaskan dunia dan duduk di sudut hanya untuk beribadah. Asumsi itu adalah tidak benar. Imam Ali (sa) adalah seorang yang berkemampuan dan pekerja keras. Ia adalah seorang petani yang berbakat dan berpikiran jauh ke depan.

Di masa Rasulullah saw masih hidup, apabila tidak berada dalam peperangan, beliau mengisi waktu kosongnya dalam pertanian, perkebunan, penggalian sumur, pembuatan kanal, dan penanaman pohon kurma. Melalui jalan inilah, beliau memakmurkan perkebunan dan ladang kurma. Sepeninggal Rasulullah saw, di masa khalifah-khalifah yang tiga, beliau juga tidak menyendiri dan menganggur. Beliau mengisi waktu kosongnya dengan menjaga ladang atau kebun serta adakalanya memperluas kebun.

Dari ladang pertanian dan kebun kurma, beliau mendapatkan penghasilan yang melimpah. Namun, di saat yang sama, beliau tidak terikat dengan harta dunia. Beliau tidak membelanjakan hartanya untuk melawan hidup dan memperbaiki kualitas apa yang dimakan atau pakaian keluarganya. Beliau tidak menumpuk untuk masa depan dan anak-anaknya. Beliau sangat zuhud dengan makanan dan pakaian pribadinya. Beliau membelanjakan hartanya di jalan Allah. Beliau membeli ratusan budak lalu membebaskannya dan mewakafkan hartanya untuk kebajikan sosial.

Dituliskan bahwa Imam Ali, dalam setahun, mendapatkan penghasilan seribu dinar dari Gahllah. Namun, beliau menyedekahkan semuanya kepada fakir miskin. (Bihârul Anwâr, jld 40, hlm 26)

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Ketika membagikan ghanimah, Rasulullah saw memberikan sebidang tanah kepada Imam Ali (sa). Beliau menggali sumur di tanah itu. Kebetulan sumur galian beliau sampai ke mata air, yang seperti leher unta, airnya mengalir deras. Dari situlah, beliau menamakan sumber air itu dengan yambu’ ‘sumur artezin’. Imam Ali (sa) diberi kabar gembira bahwa air sumurnya begitu melimpah. Beliau berkata: “Berilah berita gembira kepada pewarisnya karena kusedekahkan sumur ini kepada hujaj ‘jemaah haji’ Baitullah dan mereka yang lewat. Sumur ini adalah wakaf, tidak dijual, tidak dihadiahkan untuk seseorang, dan juga tidak diwariskan kepada anak anak. Barangsiapa yang menjualnya atau menghibahkannya maka laknat Tuhan kepadanya dan amalnya tidak akan diterima Allah.” (Bihârul Anwâr, jld 40, hlm 26)

Ketika meninggal, beliau berwasiat agar membelanjakan sebagian hartanya di jalan Allah, sebagian untuk anak-anak Fatimah, sebagian untuk anak-anak beliau yang berasal dari selain Fatimah, sebagian untuk Bani Hasyim, dan sebagian untuk anak-anak Abdul Muthalib. (Bihârul Anwâr, jld 41, hlm 40)