Selasa, 2 Mac 2010

..:: rAhsia Solat Tahajjud ::..

Rahsia solat Tahajud sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam al-Qur'an Surat al-Muzzamil ayat 1-2 yang berbunyi,

'Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sholat) di malam hari.'

Ayat ini sebuah seruan kepada Nabi Muhammad agar melaksanakan qiyamul lail. Kata 'berselimut' dapat diartikan orang yang sedang bermasalah, dirundung duka, kegelisahan, kecemasan, kekhawatiran atau ketakutan dalam mengarungi bahtera kehidupan yang tidak menentu sebab turunnya ayat ini diturunkan setelah Nabi Muhammad menghadapi masalah berat, dicaci maki, ancaman dan percobaan pembunuhan.

Sebagaimana dalam kehidupan kita sehari-hari yang tidak lepas dari masalah satu ke masalah lainnya, seolah tidak pernah dari berbagai masalah, duka dan kekhawatiran. Untuk itu, sholat tahajud bagi kita merupakan kebutuhan demi menghadapi berbagai masalah yang tak kunjung usai. Hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kita memohon pertolongan, sumber dari segala pertolongan untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi dalam hidup kita sekarang ini. Itulah rahasia sholat tahajud.

Isnin, 22 Februari 2010

..:: haram.haramkah aku ?? ::..

bila hatiku jatuh cinta..
tuhan terangi hatiku..
biar aku x jadi terlanggar
sifat manusia ada padaku
aku bukan tuhan..

aku hanya ingin cinta yg halal..
dimata dunia juga akhirat
biar aku sepi..aku hampe..aku basi..
tuhan sayang aku..



“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah.tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya.

Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

Selasa, 16 Februari 2010

..:: mAta seorg permata HAti ::..

pernah dengar nama Zinnirah?

selain Halimatus Sa'diah, Saidatina Khadijah, Saidatina Aisya, dan Sumaiyah; Zinnirah juga merupakan
salah seorang srikandi islam yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang teguh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah. Sanggup berkorban dan menerima apa jua seksaan demi mempertahankan kebenaran aqidah.


muslimah sejati yg berketurunan Rom ini telah dijadikan tawanan ketika berlakunya peperangan di Rome suatu ketika dahulu dan hidup terpisah dri keluarganya yang miskin. Zinnirah kemudiannya dijual dan dijadikan hamba abdi. Nasib hidupnya bertambah rumit tatkala menjadi hamba abdi kepada seorang bangsawan Quraisy yg amat berpengaruh, Umar Al-Khatab. Ketika itu, Umar Al-Khatab belum memeluk islam dan menentang kuat ajaran yg dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.



Zinnirah menerima cahaya Islam pada peringkat awal dakwah islamiah dan menjalankan perintah agama dengan penuh berhati-hati kerana bimbang diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khatab yg terkenal dengan sifat bengis dan tegas. Namun, keislaman Zinnirah akhirnya dapat dihidu oleh tuannya. Zinnirah diseksa dengan pelbagai seksaan dengan harapan Zinnirah kembali berpegang pada agama nenek moyang mereka. Pukulan, sepak terajang, dan dijemur di tengah-tangah panas terik sudah menjadi santapan harian Zinnirah. Walaupun begitu, keimanan dan ketaqwaan Zinnirah terhadap Allah tidak luntur sama sekali malah bertambah kuat.



Kemuncak penderitaan yang dilalui oleh Zinnirah ialah matanya dibutakan (ada yg mengatakn biji matanya dikorek, ada juga yg mengatakn dicucuk dgn besi panas). Zinnirah juga dicerca musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh latta dan uzza. Namun, Zinnirah menafikannya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka tp kerana Umar Al-Khatab dan Allah mengizinkannya berlaku.

Penderitaan Zinnirah akhirnya diketahui oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan dibeli dengan harga yg tinggi. Semenjak itu, Zinnirah tetap rajin dan tekun beribadat kepada Allah. Dengan kuasa Allah, mata Zinnirah yg buta dapat melihat kembali dan sinaran matanya bercahaya. Peristiwa yg menakjubkan ini telah membuka hati masyarakat Quraisy utk memeluk islam.




mampukah kita sebagai seorang muslim dan muslimah utk memberi pengorbanan sehebat Zinnirah?? Adakah kita mempunyai keimanan dan ketaqwaan sekuat Zinnirah? Saya percaya, pada dunia akhir zaman ini, tidak ramai yg mempunyai keimanan sehebat ini... sy sndiri pun belum tntu akn setabah dan sehebat srikandi ini. Manusia di akhir zaman ini ibarat buih2 di lautan.. kecil, x kukuh dan mudah pecah. Keimanan mudah luntur tatkala godaan dunia bermaharajalela..

Lihat sahaja di sekeliling kite, maksiat berlaku dimana-mana, mangsa dan pemangsa jenayah x mengenal tua atau muda, arak sudah menjadi minuman harian bg sesetengah umat islam, budaya barat diagung-agungkan, budaya islam dikatakn ketinggalan zaman. Ayuh, bangkitlah saudaraku.. kite(khalifah) tlh diamanahkn utk memakmurkn dunia ini dgn ajaran islam. Umat islam harus saling membantu dan bekerjasama.. bukan saling bertelagah sesama sendiri sprti yg sering berlaku pada masa kini.

...:: menagislah wahai airmataku ::...


kau pergi jua
disaatku memerlukanmu
aku merinduimu
aku menginginkan kau kembali kepadaku
tolonglah jangan pergi

mungkin silapku mengabaikanmu
tapi percayalah, bukan niatku
melukakan hatimu..
marilah pulang ke pangkuanku..

hatiku terluka
hatiku kecewa
hatiku sedih
kerna kau kini tiada
kau meninggalkan diriku



betapa lalainya diriku
hingga tidak menyedari pemergianmu
sedarnya diriku akan kehilanganmu
tatkala kau tiada tika aku memerlukan

aku tidak sanggup
untuk menggantikan kau
dengan yang lain
kerna aku menyayangimu
dan kita serasi bukan??
kita berdua sudah serasi..
jadi mana mungkin aku mencari yang lain
ayuh, pulanglah kepadaku..

Isnin, 15 Februari 2010

..:: tabahkan hatiku ini yg ALLAH utk m'hadapi segala ujian-Mu YaALLAH ::..


YA ALLAH ujian-Mu ini yg xsanggup tuk ku hadapi ini memang memberi kesan yg amat mendalam kepada diri ini..bertapa terasa jiwa ini apabila perkara ini berlaku dengan amat pantas dan tanpa aku sedari dan sengaja tuk melukai hati seseorang...
adakah ia berlaku tidak boleh memberi kemaafan..sedang Nabi Muhammad s.a.w. memaafkan umatnya..apatah lagi sebagai insan yang kerdil lagi hina disisi ALLAH s.w.t. tidak boleh dimaafkan ke???tepuk dada tanya iman sendiri..TELEPON tidak memberi apa respon..message pon xda respon.." jahat sangat ke aku ni sampai aku tepon n msg org ni xnk angkat n balas.." itu la tanda tanya yg bermain diminda ku...bile kata itu keluar dari mulut org yg kita sayangi itu.(balaghah).hanya ALLAH sahaja yg tahu mcmner keadaan hati dan perasaan itu..


"YA ALLAH KUATKAN DAN TABAHKAN HATIKU INI DENGAN KEIMANA DAN KETAKWAAN KEPADA-MU YA ALLAH...."

Ahad, 14 Februari 2010

..:: Sebaik-baik hati yang bersih dan lunak ::..

Sebaik-baik hati yang bersih dan lunak
Hati yang bersih dari batil dan jahat

Ketahuilah, wahai saudara-saudara sekalian, moga-moga Allah membimbing kamu, bahawasanya sebaik-baik hati yang dikasihi oleh Allah Ta'ala, ialah hati yang suci murni dari segala macam kebatilan dan keraguan, bersih dari aneka rupa kejahatan, hati yang sentiasa tunduk yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.

Dalam sebuah Hadis tersebut:
1) Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka), padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang Mukmin.
2) Hati yang hitam tidak menentu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.
3) Hati yang terbelenggu di atas kulitnya. Itu hati seorang munafiq.
4) Hati yang mendatar, padanya iman dan nifaq yang meliputinya, seperti sebatang sayuran yang disirami oleh air tawar, dan perumpamaan nifaq(iqrar dengan lidah tetapi tidak iktikad dalam hati) yang ada padanya juga seperti setumpuk kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana di antara keduanya yang berkuasa, kesitulah hati akan tertarik.
Menurut pendapatku, yang nyatanya hati terakhir ini adalah sifat bagi hati kaum yang bercampur-aduk amalannya, dari umum kaum Muslimun sehingga kecuainnya melebihi kesempurnaan.

Dalam sebuah hadis lain: "Bahawasanya iman itu mula muncul di hati sebagai sinaran putih, lalu ia membesar sehingga seluruh hati itu menjadi putih. Sedang nifaq pula, mula muncul di hati seperti setitik-titik hitam, lalu merebak sehingga seluruh hati itu menjadi hitam."
Mudah-mudahan Allah Ta'ala pelihara kita sekalian daripada bahaya nifaq, serta diakhiri hayat kita beserta Muslimin di dalam Agama Islam, amin.
Sesungguhnya iman itu akan bertambah dengan sentiasa mengerjakan dan membanyakkan amalan-amalan yang saleh dengan sepenuh ikhlas kepada Allah Ta'ala. Manakala nifaq pula akan bertambah dengan bertambahnya amalan-amalan yang jahat, seperti meninggalakan perkara-perkara yang wajib dan melakukan perkara-perkara yang ditegahkan oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam. Kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, mak titik hitam itu akan terus merebak, sehingga muka hatinya menjadi hitam."
Hadis ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Al-Quran: "Bahkan telah termetrai dimuka hati mereka apa yang mereka kerjakan." (al-Mutahffifun:14)
Memanglah, tiada sesuatu yang bencana dan mudharatnya lebih berat ke atas manusia di dunia dan akhirat daripada dosa. Sebab seseorang manusia tidak akan disentuh kecelakaan atau ditimpa kesusahan, melainkan tersebab oleh dosanya sendiri.

Firman Allah Ta'ala: "Dan tiada akan menimpa kamu sesuatu kecelakaan melainkan disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri." (as-Syura:30)
Oleh itu, maka hendaklah setiap Mukmin itu berjaga-jaga supaya tiada melakukan dosa, malah sentiasa menjauhkan diri daripadanya. Andainya telah terlanjur melakukan sesuatu dosa, maka hendaklah menyegerakan taubat kepada Allah Ta'ala. Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menerima taubat hamba-hambanya serta mangampunkan segala dosa mereka, sedang Dia Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.
Firman Allah Ta'ala: "Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang teraniaya." (al-Hujarat:11)
Maksudnya, mereka telah menganiaya diri sendiri dengan mendedahkannya kepada kemurkaan Allah Ta'ala, disebabkan mereka telah tecebur ke dalam maksiat, malah terus melakukan maksiat itu tanpa bertaubat. Padahal Allah Ta'ala telah menganjurkan kepada kita untuk bertaubat serta berjanji akan menerima taubat mereka.
Firman Allah Ta'ala mensifatkan ZatNya sebagai Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun: "(Tuhan) Pengampun dosa, Penerima taubat, sangat keras siksaNya, dan amat besar kurniaNya, tiada Tuhan melainkan Allah, kepadaNya kesudahan segala tujuan." (Al-Mu'min:3)
Cubalah renungkan ayat ini dan perhatikan maksud yang terkandung di dalamnya dari pengertian yang mulia dan rahsia yang amat berkesan, yang bisa membangkitkan perasaan takut dan harapan serta gemar dan gerun dan sebagainya.
FirmanNya yang lain: "Dan tiadalah yang mengambil peringatan, melainkan orang yang kembali (ke pangkal jalan). Maka serulah Tuhan dengam penuh tulus-ikhlas, beragama kepadaNya." (al-Mu'min: 13-14)

Sebaik-baik hati yang bersih dan lunak

Saiyidina Ali berkata: "Adapun Allah s.w.t di muka bumi ini bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih, tegas dan lunak. Kemudian beliau menjelaskan pula; Maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lunak dalam pergaulan dangan kaum Muslimin."
Yang dimaksudnya dengan keyakinan, ialah keteguhan dan penguasaan iman di hati, sehingga menimbulkan ketenangan, sebagaimana yang dipohonkan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah Ta'ala sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kita oleh Al-Quran: Allah berkata kepada Nabi ibrahim: Apakah engkau tidak percaya? Jawab Nabi Ibrahim: "Bahkan, agar hatiku menjadi tenang." (Al-Baqarah:260)
Kini nyatalah, bahawasanya keyakinan itu puncak keimanan dan kesudahannya.
Dalam sebuah Hadis tersebut: "Keyakinan itu adalah keseluruhan iman."
Lantaran itu, tiada sesuatu yang diturunkan oleh Allah Ta'ala dari langit yang sifatnya lebih mulia dan lebih berharga daripada keyakinan. Memadailah jika keyakinan itu saja menjadi hartabenda manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pohonkanlah keyakinan dan keselamatan dari Allah Ta'ala, kerana tiada sesuatu kurnia yang lebih utama sesudah keyakinan daripada keselamatan."
Yang dimaksudnya dengan tegas dalam agama, ialah berpegang-teguh dengannya serta bersedia membelanya, berani berkat benar walaupun pahit, dan tiada gentar orang untuk mempertahankan yang hak. Dengan sifat inilah, Allah Ta'ala telah memuji pecinta-pecintaNya dalam Al-Quran: "Mereka berjihad (membela) di jalan Allah dan mereka tiada gentar celaan orang yang suka mencela." (al-Maidah:54)
Seterusnya hendaklah anda membaca ayat-ayat yang sebelumnya juga.

Rasulullah s.a.w pernah mensifatkan Saiyidina Umar Ibnul-Khattab dengan sifat yang sama dalam sebuah sabdanya: "Orang yang amat teguh dalam menjalankan perintah Allah ialah Umar. Semua kata-katanya benar, lantaran itu ia tidak punya rakan di antara orang ramai."
Benarlah Saiyidina Umar adalah orang yang amat tegas di antara kaum Muslimin dalam menjalankan perintah Allah s.w.t., dan berpegang teguh dalam menguruskan semua urusan agama, terhadap dirinya sendiri mahupun orang lain. Beliau dijadikan contoh dan tauladan dalam keadilan, dan dalam memerintah mengejarkan kebajikan dan mencegah melakukan kejahatan. Beliau sentiasa berdiri atas yang hak dan benar terhadap rakan dan lawan. Moga-moga Allah Ta'ala redha terhadapnya dan redha terhadapnya dan redha sama terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w umumnya.

Adapun berhati lunak dalam pergaulan dengan kaum Muslimin; iaitu melengkapkan diri dengan siat belas-kasihan, cinta dan sayang terhadap sesama Muslimin, kerana yang demikian itu adalah semulia-mulia akhlak dan setinggi-tinggi budi luhur.
Dengan sifat itulah Allah s.w.t telah memuji-muji Rasulullah s.a.w di dalam firmanNya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari segolongan kamu, yang mengambil berat terhadap penderitaan kamu, penuh keinginan terhadap (keselamatan) kamu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman." (at-Taubah:128)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Orang-orang yang mengasihi (orang lain) akan dikasihi Tuhan Pemurah. Sesiapa yang tidak mengasihi (orang lain) tidak akan dikasihi Tuhan."

Sabdanya lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang terutama dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak solat atau banyak puasa. Akan tetapi (mereka akan masuk syurga) kerana bersih hati, murah hati dan berbelas-kasihan terhadap setiap Muslim."
Maksud Hadis ini tidaklah menunjukkan bahawa para Mukmin itu kurang mengerjakan ibadat seperti solat dan puasa. Malah sebaliknya, mereka sentiasa memperbanyakkan ibadat solat dan puasa serta melakukan lelain amalan yang saleh. Akan tetapi sifat-sifat mulia yang disifatkan Nabi kepada mereka itu telah lebih dahulu mendekatkan diri mereka kepada Allah Ta'ala, yang kerananya mereka memperoleh kelebihan dan keutamaan di sisiNya. Lantaran kelebihan dan keutamaan sifat-sifat ini dipandang lebih mulia dari lain-lainnya dari amalan-amalan yang saleh, sebab sifat-sifat itu dari amalan hati dan rahsia kebatinan, maka hendaklah anda fahamkan baik-baik.

Peringatan: Hati itu baginya berhadap dan membelakangkan daripada amal pada yang dikehendaki dengan maksud faedah berfungsinya fitrah asal hati/jiwa/qalbu/ruh ialah hati itu akan cenderung untuk melakukan kebaikan dan taat di samping akan menjauhkan perkara yang ditegah dan maksiat. Walaupun ianya melakukan kesalahan dan dosa, sesungguhnya hati yang asal ini tidak akan dapat berbohong dengan membenarkan perbuatan si hamba. Akan terkesan padanya rasa bersalah dan berdosa kerana asal atau fitrah hati tidak pernah dan selama-lamanya tidak akan membenarkan sesuatu yang salah. Perhatikanlah diri anda bila melakukan sesuatu yang salah. Jika tidak timbul rasa berdosa atau bersalah, maka ketahuilah hati anda itu adalah hati yang mati........

Saudara!, Janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat. Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas. Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat. Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini. Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap menyerbumu. Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu. Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan Qalbumu.
Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwat dan kesenanganmu. Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu. Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.
Kemudian, carilah dua saksi lain, iaitu Qalbumu dan Perbuatan Allah Azza Wajalla. Jika Al-Kitab, As Sunnah dan Qalbumu telah mengizin, maka lihatlah saksi yang keempat. Iaitu Fi’lullah (perbuatan Allah Azza Wajalla). Janganlah kau seperti pencari kayu bakar di waktu malam. Ia mencari kayu ke sana ke mari, tapi tidak mengetahui apa yang jatuh ditangannya.


Kitab "an-Nashaaih as-Diniyah wal-Washaaya al-Imaaniyah"
(Nasihat Agama Dan Wasiat Iman)
oleh

Jumaat, 12 Februari 2010

...:: WaniTa SolehAh :::...


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi- wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwas allam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi- wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.


Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.


Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang..” (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2. Bersikap malu terhadap suami.
3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.